Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Sunday, October 10, 2010

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT PERLINDUNGAN DI PADANG MAHSYAR


Pertama dan utama sekali dan seharusnya marilah kita senitasa mensyukuri Rahmat Allah (SWT) yang masih lagi kita guna-pakai dan masih lagi Allah izinkan. Salawat dan salam janganlah sesekali kita lupa untuk dihulurkan kepada Baginda Nabi Muhammad (saw)




Pada hari Qiamat, dimana semua manusia dari zaman Nabi Adam AS, sampai ke zaman Nabi besar junjungan kekasih Allah SWT, termasuk semua jin biasa, jin yang terlalu jahat yang telah menjadi syaitan, dan semua jenis binatang akan dikumpulkan dengan qudrat (kuasa Allah SWT) yang telah mencipta mereka disatu Padang yang dikenali dengan Mahsyar (Padang yang dikumpulkan)
Sudah tentu amat ramai bilangannya, lelaki dan perempuan. Kebanyakan mereka bertelanjang bulat (hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Siti Aisyah RA dan Abdullah Bin Masud) Tiada lagi perasaan malu diantara mereka. Kemudian diberi pakaian kepada mereka yang telah berjaya mentaati Allah SWT.
Hari tersebut adalah hari Jumaat, huru-hara di padang tersebut sukar hendak diceritakan. Ketika itu matahari berada seolah-olah sebatu (di atas kepala), panas yang tidak terperinya seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang dikeluarkan oleh Imam Muslim (sanad hadith tersebut sahih).


Ada riwayat menyatakan: Matahari sejengkal diatas kepala
Hari itu jika ada ibu yang melahirkan anaknya ia akan melupai anaknya disebabkan huru-hara (dari ayat suci Al-Quran). Andai kata ada bayi yang dilahirkan di padang tersebut, mukanya telah bertukar menjadi muka orang tua. (dari ayat suci Al-Quran). Dan banyak lagi keadaan huru-hara yang tidak dapat dirakamkan.


Pada masa itu juga ramai manusia yang kepanasan dan berpeluh. Ada yang peluh mereka tergenah sehingga leher, ada sehingga mulut dan ada juga sehingga hidung, bahkan ada yang menutupi seluruh tubuh mereka.




Masa di Hisab di padang mahsyar adalah sangat lama, ada riwayat menyatakan: satu kumpulan mencari Nabi bermula dengan Nabi Adam (as) untuk meminta safa'atnya. Apabila berjumpa dengan Nabi Adam (as) mereka kecewa kerana tidak mendapat syafa'at dari Nabi Adam (as). Golongan tersebut berpindah untuk mencari Nabi Idris (as) dengan tujuan yang sama. Lamanya mereka mencari diantara Nabi dengan Nabi yang lain adalah seribu tahun. Cuba bayangkan: berapa lama kita berada di padang mahsyar pada masa itu. Sedang kumpulan itu tidak akan mendapat syafa'at kecuali berjumpa dengan Rasulullah (saw). Hanya Nabi Muhammad (saw) yang dapat memberi syafa'at kepada seluruh umat manusia pada ketika itu.




Ketika itu ramai pemuda yang mendapat perlindungan dari kepanasan.
Dalam satu riwayat, 7 jenis manusia dilindungi iaitu:
1. Pemimpin negara yang adil
2. Pemuda yang menghabiskan masanya dengan beribadat kepada Allah SWT (asyik dengan ibadatnya)
3. Lelaki yang hatinya sentiasa mengingati masjid tempat solahnya. Selepas bersolah hatinya bercadang untuk datang lagi bersolah (pada waktu yang lain)
4. Dua orang lelaki (atau wanita) yang menyukai diantara satu sama lain semata-mata kerana Allah SWT. Mereka bertemu dan berpisah hanya kerana Allah (SWT)
5. Lelaki (wanita) yang mengingati Allah ketika berseorangan, lalu berlinangan airmatanya
6. Lelaki (pemuda) yang diajak oleh wanita yang berkedudukan serta cantik (sempurna) untuk melakukan persetubuhan, ditolak oleh pemuda tersebut dengan katanya “Aku takutkan Allah SWT”
7. Lelaki (wanita) yang bersedekah secara sembunyi: sehinggakan tangan kanannya yang memberi tidak diketahui oleh tangan kirinya.




Dalam hadis ini, tersurat adalah pemuda, oleh itu pemudi (wanita) janganlah merasa terkecuali. Banyak Firman Allah (SWT) dan Hadis-hadis Rasulullah (saw) menceritakan tentang lelaki bukan bermakna kaum wanita terkecuali.




WALLAHU A'LAM

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME