Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Tuesday, May 24, 2011

Kisah Penggali Kubur Yang Bersetubuh Dengan Mayat Seorang Perempuan

Saya bukan ahli sirah, bukan ahli tafsir, serta tak tahu pun nak baca arab. kisah tersebut pernah juga saya terbaca suatu ketika dulu.

so saya pun google di sana sini mencari asal usul kisah tersebut. Ini hasil carian saya:

Dikatakan, kisah tersebut ada dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub, kisah ini diriwayatkan oleh Abu Lais as Samarqandi.
Suatu hari Umar Al Khattab masuk menemui Baginda Nabi s.a.w dalam keadaan menangis. lalu Baginda bertanya "Apa yang menyebabkan kamu menangis wahai Umar?"

Jawab Umar, "Di hadapan sana ada seorang pemuda yang telah meruntuhkan hatiku dengan tangisannya "

Lalu Baginda memerintahkan pemuda tersebut supaya masuk lalu bertanya, "Apa yang membuatkan kamu menangis sedemikian rupa?"

Jawab si pemuda, "Dosaku terlalu besar ya Rasulullah.. "

Baginda bertanya "Adakah kamu menyekutukan Allah?"

"Tidak ya Rasulullah.."
"Adakah kamu membunuh jiwa tanpa hak ?"
"Tidak ya Rasulullah.."

Sabda baginda "Kalau demikian Allah akan ampunkan dosamu walau sebesar mana sekalipun.."

Kata si pemuda "Tapi dosaku terlalu besar ya Rasulullah.."

"Adakah dosamu lebih besar dari kursi Allah ?"
"Ya..dosaku lebih besar dari kursi Allah.."
"Adakah dosamu lebih besar dari arasy Allah ?"
"Ya ..dosaku lebih besar dari arasy Allah.."

"Adakah dosamu lebih besar dari Allah..?"
"Bahkan..Allah lah yang lebih besar.." jawab pemuda akhirnya.

Lalu Rasulullah meminta si pemuda menceritakan dosanya tersebut.

"Aku sangat malu untuk menceritakannya ya Rasulullah.."

Lalu pemuda tersebut menceritakan..

Aku seorang penggali kubur. Kerjaku mencuri kain kafan. Suatu hari aku menggali kubur seorang wanita dari kaum ansar yang baru meninggal dunia. Setelah aku gali, aku telanjangkan si mayat tadi dan ku ambil kain kafannya. Selang beberapa langkah inginku tinggalkan kuburnya tiba-tiba syaitan mencucuk nafsuku. Lantas aku kembali dan ku setubuhi mayat wanita tersebut. Apabila aku ingin meninggalkannya tiba-tiba mayat tersebut bangkit lalu menjerit kepadaku.

"Celaka kamu wahai pemuda! Kamu telanjangkan aku di hadapan ahli kubur yang ramai ini kemudian kamu tinggalkan aku dalam keadaan berjunub menghadap Tuhanku!"

Lalu aku terkejut dan menangis ya Rasulullah...aku menyesal.."

Mendengar ceritanya Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan dan kemarahan lantas meluru dan menolak bahu si pemuda seraya berkata "Pergilah kamu! Sesungguhnya neraka jahanam lebih layak untukmu!"

Si pemuda itu menangis dan terus memohon taubat daripada Allah ta'ala. Diriwayatkan dia meminta ampun selama 40 hari 40 malam sehingga akhirnya dalam doanya dia meminta :

"Ya Allah andainya Engkau telah ampunkan aku maka tolong khabarkan kepada Muhammad dan sahabat-sahabatnya.."

Lalu Jibril turun menemui baginda s.a.w. dengan katanya ;

"Ya Rasulullah. Tuhanmu berkirim salam kepadamu .."

Sesudah dijawab salam tersebut lalu kata Jibril;

"Aku menyampaikan pesan dari Tuhanmu, adakah engkau yang menciptakan makhluk ? "
"Bahkan Allah yang menciptakan semua makhlukNya.."

Kata Jibril "Tuhanmu berpesan bahawa Dia telah mengampunkan dosa pemuda tersebut.."

Lalu Baginda menghantar utusan menjemput si pemuda dan memberi khabar gembira bahawa taubatnya telahpun diterima.

Inilah sedikit sebanyak versi cerita yang saya pernah dengar. Diharapkan kepada sesiapa yang ada menelaah kitab Mukasyafatul Qulub Imam Ghazali tersebut dapat verify, sama ada kisah ini ada terdapat dalam kitab tersebut atau tidak.

Mudah-mudahan Bermanfaat

Wallahua'lam.

3 comments:

  1. Kisah ini adalah Tafsiran Firman Allah dalam surah:

    Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). [Ali-Imran 3:135]

    ReplyDelete
  2. Mendengar ceritanya Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan dan kemarahan lantas meluru dan menolak bahu si pemuda seraya berkata "Pergilah kamu! Sesungguhnya neraka jahanam lebih layak untukmu!" Si pemuda itu menangis dan terus memohon taubat daripada Allah ta'ala. Diriwayatkan dia meminta ampun selama 40 hari 40 malam sehingga akhirnya dalam doanya dia meminta : "Ya Allah andainya Engkau telah ampunkan aku maka tolong khabarkan kepada Muhammad dan sahabat-sahabatnya.." Lalu Jibril turun menemui baginda s.a.w. dengan katanya ; "Ya Rasulullah. Tuhanmu berkirim salam kepadamu .." Sesudah dijawab salam tersebut lalu kata Jibril; "Aku menyampaikan pesan dari Tuhanmu, adakah engkau yang menciptakan makhluk ? " "Bahkan Allah yang menciptakan semua makhlukNya.." Kata Jibril "Tuhanmu berpesan bahawa Dia telah mengampunkan dosa pemuda tersebut.." Lalu Baginda menghantar utusan menjemput si pemuda dan memberi khabar gembira bahawa taubatnya telahpun diterima. Inilah sedikit sebanyak versi cerita yang saya pernah dengar. Diharapkan kepada sesiapa yang ada menelaah kitab Mukasyafatul Qulub Imam Ghazali tersebut dapat verify, sama ada kisah ini ada terdapat dalam kitab tersebut atau tidak. Wallahua'lam.

    ReplyDelete

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME