Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Saturday, October 9, 2010

ZIKIR BERAMAI-RAMAI SUDAH ADA DI ZAMAN RASULULLAH (S.A.W)


Ada sesetengah golongan mendakwa zikir secara beramai-ramai adalah Bida'ah?...kerana ianya tidak pernah tilakukan dizaman Rasulullah (s.a.w)...
Golongan ini berpendapat: setiap yg tidak pernah dilakukan Rasulullah adalah Bida'ah dan sesat?

MENGAPA?

Dalam masalah zikir beramai-ramai, memang ada hadis Rasulullah (s.a.w) menyuruh untuk berzikir dalam keadaan sunyi dan senyap....tetapi ada juga yang Baginda lakukan beramai-ramai,maknanya tidak salah berzikir beramai-ramai.


Sabda Rasulullah (s.a.w)
Hadis ini sangat panjang:
Daripada Abu Hurairah (r.a) meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sessungguhnya Allah (S.W.T) mempunyai satu kumpulan Malaikat yang sentiasa berkeliaran dijalan-jalan dimuka bumi ini bagi mencari satu jemaah yang berzikir kepada Allah (S.W.T). Apabila Malaikat ini menjumpai dan bertemu dengan Jemaah (ZIKRULLAH) tersebut maka para Malaikat saling berpanggil-panggilan. Mari!..mari...Disinilah Jemaah yang kamu hajatkan. Kemudian para Malaikat akan berkumpul dan mengerumuni dengan membukakan sayab-sayabnya sehingga kelangit. Allah (SWT) bertanya:... {ada dialog antara Malaikat dg Allah (SWT)}
Allah (SWT) berfirman: Bersaksilah kamu semua (malaikat), sesungguhnya AKU mengampuni mereka (para jemaah ZIKRULLAH). Ada diantara Malaikat berkata: "Sesungguhnya si Fulan yang ada dalam majlis itu datang bukanlah untuk berzikir tetapi untuk hajat lain. Allah (SWT) berfirman: Mereka yang duduk dalam majslis itu tidak dikeluarkan dari (Rahmat & Nikmat) majlis itu (ZIKRULLAH)
HR. BUKHARI

Bayangkanlah saudara-saudari ku sekalian, ini adalah hadis sahih. Kalau ada golongan yang membida'ah majlis ZIKRULLAH...Nauzubillah.

Sabda Rasulullah (saw)
Daripada Anas Ibn Malik (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
Duduk berzikir dengan satu jemaah selepas solat subuh sehingga terbit matahari lebih aku sukai daripada memerdekakan empat orang hamba dari Bani Ismail,
begitu juga selepas solat Ashar, aku lebih suka berzikir dengan satu jemaah sehingga terbenam matahari daripada aku memerdekakan empat orang hamba dari Bani Ismail.
HR. ABU DAUD

Diceritakan: Hamba dari Bani Ismail dinyatakan disini kerana kedudukan kaum bani Ismail yang sangat mulia dan membebaskannya adalah satu yang sangan mulia dan hargnya juga paling tinggi.

Sabda Rasulullah (saw)
Daripada Annas Ibn Malik (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda: Apabila kamu melintasi taman-taman syurga maka nikmatilah keindahannya, Para sahabat bertanya dimanakah taman-taman syurga itu?...Baginda menjawab: Majlis ZIKRULLAH"

Banyak hadis yang memberitahu kelebihan berzikir beramai-ramai, tapi mengapa masih ada yang membidaah, samapaikan ada disesetengah tempat, apabila selesai solat berjamaah mereka semua berteraburan keluar dari masjid sehinggakan sesak dipintu-pintu masjid, dan kalau ditunggu boleh solat dua atau empat rakaat.
Inilah kecenderungan manusia zaman sekarang, walaupun zikrullah adalah sunat seperti solat sunat, tetapi ianya sangat penting dalam menutupi ibadah-ibadah wajib yang belum tentu sempurna.

Lihat pada keadaan, kalau ada ramai jemaah yang masbuq (terlambat), kurangkan suara jemaah yang berzikir. Hatta sekali pun kita berzikir ditengah malam (i'tikaf) di Masjid, kita disarankan untuk tidak menguatkan suara zikir atau bacaan Al-Quran kerana takut menggangu saudar kita yang sedang tidur (i'tikaf) bersama. Begitu sekali ajaran Islam mengajarkan.

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan amalan-amalan sunnah...Istiqamah lah dengan amalan yang sunat ini selepas Ibadah wajib yang jangan sama-sekali ditinggalkan.

WALLAHU A'LAM
Renung-renungkan dan fikir-fikirkan. Selamat beramal

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME