Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran
Showing posts with label Soal Jawab: Terimakasih kepada yang bertanya. Show all posts
Showing posts with label Soal Jawab: Terimakasih kepada yang bertanya. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

Mengapa doa tidak dimakbul




Sebagai hambaNya yang menumpang dibawah langit dan diatas bumi yang diciptakan oleh Allah S.W.T ini sentiasa meminta dan memohon kepadaNya akan rahmat dan barakah buat dalam diri ini. Maka oleh yang demikian sebagi hambaNya haruslah menunaikan solat agar kita sebagai umatNya bersyukur diatas pemberian dariNya yang tidak terhingga; jika ingin meminta sesuatu, ketika didalam kesusahan jua ketika ditimpa musibah. Tidak kira ketika kita berada didalam apa jua situasi mintalah kepada Allah S.W.T dan moga dengan redhanya akan dimakbulkan doa itu. Sesungguhnya didalam kehidupan seharian juga kita sentiasa memohon dan meminta pertolongan dari Allah S.W.T mungkin ada yang tidak sedar akan itu. Ketika menunaikan solat kita membacakan Surah Al-Fatihah; ayat 5 :



1:5


Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


Mengapa sebagai hambaNya perlu berdoa? Bukankah Allah SWT sememangnya tahu semua keinginan hambaNya tanpa berdoa? Bukankah Allah SWT mengetahui apa yang terlintas di fikiran hambaNya? Mengapa kita perlu berdoa lagi kerana bukankah berdoa itu sama sahaja seperti apa yang ada di dalam hati dan fikiran kita?
Berdoa adalah memohon dan meminta serta berharap sesuatu kepada sang Pencipta. Pemohon sudah pasti memiliki darjat yang lebih rendah daripada sang Pencita. Begitulah hambaNya dengan Allah SWT. Jelas menunjukkan sebagai hambaNya memerlukan Allah S.W.T dan memohon pelbagai perkara di dalam kehidupan ini. Darjat yang terlalu jauh malah amat jauh sehinggakan langsung tiada darjat atau juga sebenarnya tidak boleh membuat perbandingan langsung berbanding kebesaran Allah SWT.
Maka berdoalah apabila selesai menunaikan solat maka doa itu akan lebih makbul bagi kita sebagai muslim dan umatNya, bukan mudah dan tidak semua doa-doa itu dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Oleh sebab itu maka berdoa sangat digalakkan kepada semua Muslimin seperti ayat di dalam SURAH AL-BAQARAH:186 ;


2:186





“
Dan apabila hamba-hamba-ku bertanya kepadamu mengenai aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya aku (Allah)Sentiasa hampir kepada mereka; Aku perkenankan permohon orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintah–Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.”


Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Berkuasa lagi Maha Mendengar. Tiada suatu kuasa pun selain dia yang dapat mendatangkan kebaikan atau manfaat kepada manusia. Oleh itu, Islam mewajibkan umatnya menjuruskan permohonan, permintaan dan doa hanya kepada Allah S.W.T. Memohon sesuatu selain daripada Allah adalah perbuatan yang boleh merosakkan akidah. Tiada satu doa pun yang merupakan tunggak segala ibadah yang tidak didengar oleh Allah S.W.T. Namun demikian, sesuatu permohonan atau doa itu hanya akan dimakbulkan apabila seseorang itu mentaati segala suruhan dan menjauhi larangan Allah S.W.T serta yakin diperkenankan semasa berdoa. Sebarang perlanggaran perintah Allah S.W.T akan mengakibatkan sesuatu doa itu menjadi sia-sia dan ditolak.

Disini ada satu cerita mengapa

10 Sebab Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan Oleh Allah SWT

Suatu ketika Ibrahim Bin Adham berjalan di Kota Bashrah.Kemudian masyarakat setempat berkumpul kepadanya. Mereka bertanya: "Mengapa kami berdoa tetapi tidak dimakbulkan padahal Allah berfirman: "Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan mengabulkannya". Ibrahim Bin Adham berkata: "Wahai penduduk-penduduk Kota Bashrah hati-hati kalian telah mati kerana 10 sebab,bagaimana doa-doa kalian akan dimakbulkan oleh Allah.

1)Kalian mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-Nya.

2)Kalian membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya.

3)Kalian mengaku cinta kepada Rasul SAW akan tetapi kalian meninggalkan sunnah-sunnahnya.

4)Kalian mendakwakan permusuhan terhadap syaitan tetapi kalian mentaatinya.

5)Kalian mengaku ingin masuk syurga tetapi tidak berbuat sesuatu untuk memperolehinya.

6)Kalian mengaku ingin selamat dari siksaan api neraka akan tetapi kalian melemparkan diri ke dalamnya.

7)Kalian berkata kematian itu adalah benar namun kalian tidak bersiap-siap manghadapinya.

8)Kalian sibuk terhadap aib-aib orang lain dan tidak menghiraukan aib-aib diri kalian sendiri.

9)Kalian menguburkan orang-orang mati tetapi kalian tidak mengambil pelajaran darinya.

10)Kalian menikmati nikmat-nikmat Allah tetapi kalian tidak bersyukur ke atasnya.

Susunan Hashim Ahmad
SELALUNYA Tuhan akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Tuhan. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:
-Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Tuhan.
-Ada dinding yang membataskan kita dengan Tuhan seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Tuhan berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.
-Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.
-Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar.
Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa.
Ibrahim Adham menjawab: "Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu":
-Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
-Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
-Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
-Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
-Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
-Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
-Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
-Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
-Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
-Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah - setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.
Bey Ariffin dalam bukunya Samudra Al-Fatihah antara lain mengatakan; doa seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri serendah-rendahnya (khusyu' dan tawadhu') sewaktu berdoa, serta memuliakan Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai Allah.
Di sinilah letaknya rahsia mengapa Allah tidak mengabulkan doa sebahagian besar dari manusia yang berdoa dan di sinilah pula letaknya kenapa Allah selalu mengabulkan doa Rasul dan nabi, para sahabat dan tabi'iin, para wali dan orang soleh lainnya.
Untuk membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdoa.
Di antara adab-adab berdoa ialah:
-Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.
-Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.
-Berdoa dengan menghadap kiblat.
-Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita.
-Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.
-Berdoa dalam keadaan khusyu' dan tawadhu' dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.
-Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.
-Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.
-Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa.
-Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.

Saturday, March 19, 2011

HUKUM LELAKI BERTINDIK

BERTINDIK

Adat resam bertindik dahulunya dilakukan dengan mengadakan kenduri kendara di mana tukang tindik cuma perlu menebuk kedua-dua cuping telinga anak perempuan yang berumur antara lima hingga sepuluh tahun dengan menggunakan sejenis daun. Adat bertindik ini sebenarnya dilakukan untuk meraikan anak perempuan yang dianggap akan meningkat remaja bagi mendidik mereka agar pandai berhias apabila meningkat dewasa kelak. Bagi keluarga Melayu zaman kini, ia merupakan suatu simbolik titik permulaan pemberian sesuatu yang berharga daripada ibu bapa kepada anak perempuan mereka yang berupa barang kemas.

Selain itu, adat bertindik juga dilakukan sempena mengingati peristiwa di zaman Rasulullah di mana seorang wanita telah cedera di telinganya semasa terlibat dalam peperangan. Untuk menutup kecederaan di telinganya, beliau telah meletakkan sesuatu di lubang tersebut sebagai perhiasan. Inilah yang dikatakan asal-usul adat bertindik di kalangan masyarakat Melayu. Akan tetapi, pada zaman sekarang ini, kerja tersebut tidak banyak lagi dilakukan walaupun oleh orang-orang melayu kampung. Pada masa sekarang, bertindik ini dilakukan sendiri dengan apa sahaja cara yang mudah, asalkan cuping telinga anak masing-masing dapat ditebuk dengan selamat. Tambahan pula di bandar-bandar dan pekan-pekan besar sekarang, pelbagai jenis subang dan anting-anting moden yang cantik-cantik boleh dibeli dengan murah. Malah ada juga anting-anting yang boleh dibeli dan dipakai di cuping telinga dengan hanya pakai ketap sahaja. Walaubagaimanapun, dalam zaman moden kini, perkara bertindik telinga tidak lagi menjadi suatu perkara yang perlu bagi setiap kanak-kanak perempuan.


SOALAN:

1. Apakah hukum lelaki bertindik?
2. Betulkah lelaki yang bertindik x boleh mengimamkan solat?

jawapan:

بسم الله


والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Bertindik adalah amalan khas bagi wanita dengan tujuan perhiasan. Disebut dalam beberapa hadis bahawa ada kalangan wanita sahabiyyat yang memakai anting-anting di telinga.

Antaranya hadis Ibn Abbas, iaitu pada suatu hari raya selepas baginda solat berkhutbah, baginda pergi menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada mereka sambil menyeru supaya bersedekah. Ibn Abbas mengatakan: “Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga-telinga mereka dan tengkuk2 mereka, lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal”. Direkod oleh Bukhari (no: 4951).

Manakala golongan lelaki dilarang menyerupai wanita di dalam perihal perhiasan, sebagaimana hadis Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat org yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan org yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547).

Oleh itu, hukum lelaki bertindik adalah haram.

2. Lelaki yang bertindik dalam keadaan dia mengetahui perbuatannya haram dan berterusan melakukannya walaupun sudah ditegur dihukum sebagai fasik. Pendapat yang sahih ialah sah bersolat di belakang imam yang fasik, cuma tidak digalakkan.

Kata Imam Nawawi dalam Majmuk: “Di dalam kitab al-Sahih terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan sah sembahyang di belakang orang fasik dan imam-imam yang zalim”.

rujukan:
-Majmuk; Nawawi 4/253
-Jamik Ahkam al-Nisaa’; Mustafa Adawi 5/560

Sumber: http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/10/hukum-lelaki-bertindik/



Nama:aida

Tajuk Soalan:LELAKI BERTINDIK

Soalan:Apa hukumnya lelaki bertindik? saya juga ingin tahu adakah sah sembahyangnya, layakkah menjadi wali, mengimamkan sembahyang dsb.

sekian, terima kasih


Jawapan:Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Hukum seorang lelaki bertindik dan menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh meyerupai lelaki"
Orang yang melakukan perkara fasik iaitu melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan kemaksiatannya melebihi ketaatannya kepada Allah adalah tidak layak menjadi wali nikah, kerana satu daripada syarat menjadi wali itu ialah Adil.begitu juga imam dalam sembahyang, adapun sembahyangnya terpulang kepada Allah. Bagaimanapun jika orang itu bertaubat daripada perbuatannya itu maka haruslah baginya menajadi wali.

Sekian, wassalam.



Dijawab Oleh:Ustaz Ali Sobri


HUKUM MEWARNAKAN RAMBUT

Soalan 1:

Mewarnakan rambut diharuskan oleh Islam jika ia untuk tujuan yang baik. - Gambar hiasan.

Apakah hukum mewarnakan rambut mengunakan pewarna yang dinyatakan halal, walau pun bermacam-macam warna?

Jawapan:

Hukum mewarnakan rambut (sabgh al-sha'r) adalah harus kecuali mewarnakan rambut dengan warna hitam berdasarkan satu hadis riwayat Muslim, no. 2102: Ubahlah warna uban ini akan tetapi elakkanlah daripada warna hitam (menghitamkannya).

Warna hitam hanya diharuskan bagi mereka yang menghadapi penyakit beruban walaupun masih terlalu muda dan untuk muslihat perang. Namun mewarnakan rambut adalah makruh bagi golongan muda yang tidak bermasalah.

Pengecualian dikhaskan kepada para isteri yang berbuat demikian atas permintaan suami atau diizinkan oleh suami.

Hukum ini bertukar menjadi haram jika tiada tujuan tertentu seperti untuk suka-suka atau dengan niat yang bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias (tabarruj) mempamerkan rambut kepada bukan mahram dengan mengabaikan syariat menutup aurat dalam Islam.

Begitu juga jika bahan yang digunakan merosakkan rambut anugerah Allah kerana ia adalah amanah Allah yang 'dipinjamkan' kepada kita.

Apa yang penting bagi orang yang ingin mewarnakan rambut ialah bahan pewarna itu halal dan telap air seperti inai (ini jelas harus dan disebut di dalam hadis) kerana jika tidak telap air, wuduk anda dianggap tidak sah.

Mengikut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dari segi ramuan pewarna rambut yang berada di pasaran kita terbahagi kepada dua jenis. Kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan tetapi satu telap air dan satu lagi tidak, maka perlulah dipastikan terlebih dahulu.

Pewarna rambut yang dipasarkan biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye atau semipermanent dye.

Mengikut kajian, jenis yang semi-pamenent dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ia tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.

Hakikatnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Secara teknikalnya, Jakim hanya mengeluarkan sijil halal untuk produk yang diproseskan di Malaysia sahaja.

Tiada keharusan ditemui untuk mewarnakan rambut pelbagai warna pada satu kepala (tamyish al-sha'r). Ada ulama menghukumkan haram kerana menyerupai budaya orang kafir.

Sumber: www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


SOALAN: Saya seorang remaja berusia 20-an. Saya mewarnakan rambut, kerana terikut-ikut dengan kawan. Saya merasa keliru tentang hukumnya, kerana terdapat pada pewarna itu tanda logo halal, seperti yang terdapat pada barang-barang keluaran yang dijamin bersih, tetapi sesetengah ustaz pula mengatakan haram.

Soalan saya, apa hukum mewarnakan rambut dengan warna-warna perang dan hitam. Bagaimana dengan mandi hadas bagi mereka yang memakai pewarna rambut. Apa hukum jika tujuan mewarnakan rambut itu untuk menutup uban atau supaya dikata orang usianya masih muda. Jawapan tuan sangat saya hargai. - NOR, Alor Gajah, Melaka.

Jawapan: Soalan tentang hukum mewarnakan rambut perlu dilihat dari pelbagai aspek, seperti tujuan mewarna, jenis-jenis warna dan pihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan mewarna serta kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Sehubungan ini ada sebuah hadis berkaitan dengan penjagaan rambut yang diriwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya. (Miskat, 2/491). Mengemaskan rambut ertinya tidak membiarkannya kusut masai, tidak terurus, berterbangan apabila ditiup angin atau dibiar menjadi sarang tempat kutu membiak dan sebagainya.

Sebaliknya, rambut hendaklah dibersihkan setiap hari, diikat dan disapu minyak, supaya kelihatan sentiasa berseri. Bagi wanita pula hendaklah didandan atau diikat kemas, diwarnakannya jika sudah beruban dan tidak lagi diminati suaminya, tetapi hendaknya tidak dipamer kepada lelaki bukan mahramnya. Bagi wanita yang sudah lanjut usia dan tidak bersuami, tidak perlu lagi berbuat demikian, kerana tiada motif sebenar daripada pewarnaan rambutnya.

Sebahagian ulama melarang perbuatan mewarnakan rambut secara mutlak, seolah-olah warna rambut tidak boleh diubah daripada warna asalnya, namun sejauh yang diperhatikan, dalil-dalil yang dikemukakan bagi pengharaman itu tidak lengkap, atau larangan itu hanya kepada lelaki sahaja, sedangkan wanita dikecualikan, atau larangan dikhaskan kepada wanita tua yang mewarnakan rambutnya, supaya kelihatan muda dan bergaya, lalu diminati lelaki yang tertipu dengan rambut kepala yang kononnya masih hitam.

Saya berpendapat, mewarnakan rambut hukumnya harus bagi wanita yang bersuami, jika tujuannya memperlihatkan kecantikan kepada suaminya sahaja, tetapi hendaklah tidak mempamerkannya kepada umum. Amalan ini boleh dimasukkan di bawah tuntutan penjagaan rambut, sebagaimana dalam hadis di atas.

Selain itu menjaga keharmonian antara suami dan isteri sangat besar tuntutannya. Isteri tidak sia-sia, jika rambutnya yang putih itu tiba-tiba kelihatan hitam di hadapan suaminya. Bagaimanapun, wanita lebih suka memperlihatkan kecantikan dirinya kepada orang lain, bukan kepada suaminya.

Abd. Rahman ibn al-Jawzi (114-1201 M.) berpendapat, lelaki juga harus mewarnakan rambut ubannya dengan apa jua warna, termasuk hitam. Beliau menjawab hadis-hadis yang melarang mewarna rambut itu sebagai khusus kepada mereka yang bermotif untuk memelihara nafsu mudanya, sekalipun usianya sudah cukup tua, sehingga tiada tanda-tanda ingin insaf atau semangat kembali kepada cara hidup yang mengutamakan hari akhirat.

Sehubungan ini juga ada riwayat menyatakan, kaum Yahudi dan Nasara beranggapan mewarnakan rambut itu menjejaskan nilai-nilai agama dan ibadat seseorang manusia, justeru itu, kalangan agama dan paderi-paderi Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan rambut mereka. Anggapan ini dikira suatu keterlaluan dalam agama yang tidak sesuai dengan ajaran Islam.

Baginda Rasulullah s.a.w. melarang umat Islam mencontohi Yahudi dan Nasara, sebaliknya mereka hendaklah menunjukkan cara hidup dan budaya yang berbeza dengan budaya mereka. Dalam konteks ini baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. bersabda yang bermaksud: Kaum Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan rambut mereka. Warnakan rambut kamu supaya tidak menyerupai mereka.

Bagaimanapun, ulama sepakat berpendapat, mewarnakan rambut itu tidak wajib, ia hanya sunat sahaja. Sahabat-sahabat nabi yang arif tentang sunah seperti Ali ibn Abu Talib, Ubayy ibn Ka'b dan Anas ibn Malik tidak mewarnakan rambut mereka.

Saya lebih cenderung kepada pandangan Ibn al-Jawzi yang dinyatakan di atas, iaitu setiap orang harus mengenali dirinya sendiri. Jika mewarnakan rambut itu bertujuan memungkinkan dirinya bersama-sama orang muda dalam gelanggang maksiat dan memuja nafsu, pada hal usianya sudah tiba untuk kembali bertaubat dan sentiasa ke masjid, sebenarnya orang ini masih belum sedarkan diri. Uban pada hakikatnya adalah penanda bahawa usia sudah tua, perjalanan hidupnya mungkin lebih separuh usia telah berlalu.

Soalan selanjutnya, apakah jenis-jenis warna yang dibenarkan? Adakah meliputi semua warna seperti hitam dan perang atau warna-warna tertentu sahaja. Ulama berpendapat, orang tua yang rambut kepala dan janggutnya sudah beruban putih, tidak wajar lagi memilih warna hitam, kerana warna ini hanya sesuai bagi orang muda. Jika berminat, pilihlah inai bagi mewarnakannya.

Keharusan bagi orang tua, sesuai dengan sebuah hadis yang menyatakan, tetakala Abu Quhafah, iaitu bapa Abu Bakar al-Siddiq dibawa kepada nabi s.a.w. pada hari pembebasan Mekah, apabila baginda melihat rambut kepala dan janggutnya beruban putih, lalu bersabda: Warnakan rambut dan janggutnya, tetapi jangan pilih warna hitam. (Muslim: bilangan 2102). Warna hitam dilarang, kerana Abu Quhafah adalah seorang tua yang tidak lagi sesuai dengan warna itu.

Hadis ini menurut sesetengah ulama bermaksud, jika orang muda ditumbuhi uban pada kepala dan janggutnya, sedangkan ia masih pada usia yang biasanya belum lagi beruban, maka harus baginya mewarnakan rambut kepala dan janggutnya dengan apa jua warna termasuk hitam, lebih-lebih lagi jika jiwanya merasa keberatan menerima kenyataan bahawa ia beruban pada usia itu.

Hukum ini samalah dengan seorang yang cacat anggota, ia sangat malu dengan kecacatannya, maka Islam mengharuskannya memperbaiki kecacatan itu, supaya hidupnya lebih tenteram, perasaannya lebih tenang, kerana Allah tidak memberati seseorang, kecuali setakat termampu olehnya.

Sehubungan ini Imam ibn Syiba al-Zuhri menyatakan: Kami berpendapat harus memilih warna hitam, jika kulit muka seseorang itu masih belum berkedut, giginya masih belum goyang, maksud beliau ialah waktu umurnya masih muda. Antara sahabat yang berpendapat harus memilih warna hitam ialah, Sa'd ibn Abu Waqqas, Uqbah ibn' Amir, al-Hasan dan al-Husain, Jarir dan lain-lain.

Sebahagian ulama termasuk Imam Syafi'i berpendapat haram menghitamkan rambut uban, kecuali bagi tentera ketika perang. Tujuannya supaya musuh berasa takut dan keliru dengan usianya yang masih muda. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Zarr al-Ghifari r.a. katanya: Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud: Sebaik-baik pewarna bagi warnakan uban kamu ialah inai dan katam. Katam ialah pewarna yang diambil daripada sejenis pokok (Tirmizi: 1753. Abu Dawud: 4205). Hadis ini difahamkan warna inai hendaklah menjadi pilihan mereka yang ingin mewarnakan rambutnya.

Melihat kenyataan yang ada dalam masyarakat Islam hari ini, kalangan muda mudi Islam ada yang mewarnakan rambut mereka dengan warna perang, kerana meniru atau terpengaruh dengan orang Barat yang perang warna rambutnya. Sebahagiannya pula mewarna-warnikan rambut, kerana mengamalkan budaya punk kononnya. Fenomena ini tidak wujud pada zaman awal Islam, terutama ketika orang Barat belum dianggap sebagai bangsa yang maju di dunia.

Hukum Islam jelas dalam hal ini, iaitu melarang umatnya meniru dan menyerupai budaya dan cara hidup orang kafir. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kumpulan mereka. Tidak syak lagi, meniru budaya asing secara membuta tuli, tanpa memikirkan faedahnya, adalah suatu amalan yang salah dan membuktikan pendewaannya kepada bangsa yang dicontohinya.

Berbalik kepada soalan tentang bahan pewarna yang bertanda logo halal yang biasanya menunjukkan bahan itu bersih dan halal diguna. Saya kurang pasti sama ada pewarna itu untuk mewarna makanan dan minuman atau untuk mewarna rambut. Sepanjang pengetahuan saya, logo halal biasanya diletak pada makanan dan minuman sahaja. Barang-barang lain seperti pakaian dan alat-alat solek tidak diletakkan tanda itu.

Kita di sini berbincang soal halal haram bukan pada makanan, kerana makanan bergantung kepada sama ada suci atau najis sesuatu bahan yang hendak dimakan, sedangkan hukum mewarna rambut tidak kena-mengena dengan sama ada suci atau najis bahan itu, tetapi pada dalil, tujuan dan motif pewarnaan itu dilakukan.

Untuk pengetahuan puan yang bertanya juga, hukum mewarna rambut ini tiada kena-mengena dengan hukum mandi hadas dan wuduk kerana hukum mandi hadas dan wuduk ialah wajib meratakan air pada anggota badan yang wajib dibasuh. Jika bahan yang diguna bagi mewarnakan rambut itu menghalang sampainya air kepada anggota yang dibasuh maka hendaklah dibuang terlebih dahulu bahan itu, terutama sebelum wuduk dan mandi hadas.

Ini bermakna bukan semua pewarna menghalang sampai air, puan dengan mudah sahaja dapat membezakan antara pewarna yang menghalang dan tidak menghalang sampai air. Bahan-bahan seperti kunyit tidak menghalang, tetapi bahan seperti cat dan cecair getah tentunya melekat dan menghalang. Seseorang yang ingin mandi hadas atau berwuduk, hendaklah mempastikan diri atau anggota wuduknya bersih daripada bahan-bahan seperti cat dan getah terlebih dahulu.

Sember: http://skypin.tripod.com/agama/agama17.html

Monday, March 14, 2011

AGAMA ISLAM SUDAH SEMPURNA




Terima kasih kepada yang bertanya:


"jika kita ingin menjadi makhluk Allah yg se'sungguh nya apa qta harus melakukan perjanjian terhadap Allah, boleh tau gak apa aja perjanjian Allah yg ada dalam Al-Qur'an...?".

Dalam Al-Quran ada diberitahu:
Allah SWT berfirman:
"Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan? " (QS. Al-Baqarah: 28)

Kita mula2 dalam "Alam ROH" (dimatikan), 4 bulan dalam kandungan= kita sudah ada "PERJANJIAN" dengan Allah SWT. disana kita sudah TERSURAT= Rezeki, Ajal, Jodoh.

Perjanjian ini (walaupun sudah TERSURAT) tetapi masih BISA berubah. SEMUANYA KUASA ALLAH SWT.

Ada amalan2 Ulamak yang dapat memanjangkan Usia
dan di lain surah, Allah SWT berfirman:
"Berdoa-lah kepada AKU, Niscaya AKU kabulkan..."
(QS. Al-Mukmin: 60)

KESELURUHAN FIRMAN ALLAH SWT adalah PERJANJIAN dan JANJI ALLAH SWT terhadap makhluk_NYA.
"...agama Islam sudah lengkap..." (QS. Al-Maidah: 3)

KESIMPULANNYA:
Al-Quran itu sendiri adalah "PERJANJIAN Makhluk dengan Allah SWT"

Itu adalah "sesi soal jawab"



Kita huraikan apa yang dibentangkan:

Mengapa Al-Quran itu sendiri dikatakan adalah "Perjanjian Makhluk" Allah khasnya manusia dengan Sang Pencipta (Allah SWT)"...?

Allah SWT berfirman:

"... Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu..."
(QS. Al-Maidah: 3)

Apabila Agama Islam itu sudah LENGKAP, apakah perlu lagi untuk ditambah atau dikurangkan...?
Tapi mengapa masih ada manusia (khasnya zaman sekarang ini) menambah dan mengurangkan ajaran Islam itu....?
Ada yang berkata: hukum Hudud & Qisas tiadak sesuai dengan zman Moden sekarang ini, tidak berperikemanusiaan
Ada yang membatas-batas ayat-ayat Al-Quran: Kalau mereka setuju, diguna-pakai kalau tak sesuai denga kehendak hawa nafsu mereka, mereka akan buang.

Apabila Allah SWT berkata: Bahawa "Islam itu sudah lengkap", dilain surah Allah SWT berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu".
(QS. Al-Baqarah: 208)

Ini adalah PERJANJIAN.
apabila ada PERJANJIAN maka pasti ada AMARAN @ WARNING

Allah SWT berfirman:
"Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi".
(QS. Ali-Imran: 85)

Ini adalah PERINGATAN
Apabila peringatan sudag diberi, maka PASTI ada balasan?


Allah SWT berfirman:
"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".
(QS. Toha: 124)

Ini adalah BALASAN bagi mereka yang berpaling dari Ajaran Islam yang sebenarnya.

Perjanjian yang lain, misalnya Tentang Zakat, Shalat, Anak, Keluarga, Negara, Hukum, Puasa, Haji, dan BANYAK lagi PERJANJIAN yang sudah di sebut dan TERSURAT serta yang TERSIRAT.

Pada haji terakhir Rasulullah s.a.w., Baginda s.a.w. bersabda:
"...hari ini aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sesiapa yang berpegang teguh atas keduanya, maka dia tidak akan sesat..."iaitu Al-Quran & Hadis (sunnah Rasulullah s.a.w)

Ada pula manusia zaman sekarang ini "Anti Hadis" (tidak percaya kepada hadis). Tidak semua Hukum dan Perintah Allah SWT ada dalam Al-Quran! Contohnya dalam hal Solat: Dalam Al-Quran tidak diterangkan bagaimana solat itu,

Nabi s.a.w. bersabda:
"Solat-lah kamu seperti mana aku solat".

Nabi s.a.w. mengajarkan para sahabat solat dan gerak-gerik solat yang kita lakukan sekarang ini adalah gerak-gerik dan cara solatnya Rasulullah s.a.w.

Sekiranya tiada hukum di dalam Al-Quran maka rujuk Al-Hadis dan sekiranya tiada kedua-duanya, maka seperti di akhir zaman (sekarang ini), kita guna "Jumhur Ulamak" (kesepakatan ulamak).

Kesimpulan keseluruhan:
1. Al-Quran itu sendiri adalah "Perjanjian Allah SWT dengan Makhluk_Nya
2. Setiap "Peringatan" yang di Firmankan Alah dalam Al-Quran dan Hadis adalah peringatan untuk seluruh umat manusia tanpa kecuali.
3. Peringatan yang diberi Pasti ada Balasan:. balasan Baik: Pahala dan balasan Buruk: Dosa atau musibah (nauzubillahhi min zalik)

*********Mudah-mudahan bermanfaat*********
Renung-renungkan dan fikir-fikirkan - Selamat Ber-'Amal

WALLAHU A'LAM

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME