Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Thursday, February 28, 2008

TANDA-TANDA KEMATIAN MANUSIA

Tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud, Cuma amalan dan ketakwaan kita saja yang akan dapat membezakan kepedulian kita kepada tantda-tanda tersebut. Rasulullah s.a.w. diriwayatkan masih mampu memperlihatkan dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran mengahadapi sakaratul maut dari awal hinggalah ke akhirnya hayat Baginda. Imam Al-Ghazali Rahimaullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehingga beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakratulmaut secara sendirian. Beliau mempersiapkan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafan sekali kecuali ketika sampai kebahagian tubuh dan kepala shaja beliau telah memanggil abangNya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugasan tersebut. Imam Al-Ghazali wafat ketika Imam Ahmad bersedia mengkafankan bahgian mukanya.

Riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah S.W.T. tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Banyak riwayat-riwayat lain yang mungkin kita sudah ketahui. Tanda-tanda yang diberikan itu adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersiap sedia dalam perjalanan menghadap Allah S.W.T. Walau bagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku hanya kepada orang-oarang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang-orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah S.W.T.

Tanda-tanda kematian terbahagi kepada beberapa keadaan:

· TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah S.W.T. kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendaki-Nya. Walau bagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini sama ada mereka sedar ataupun tidak. Tanda ini lazimnya berlaku selepas waktu Asar. “Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga kehujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil”. Contonya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergeta. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar akan terdetik dihati mereka bahawa mungkin ini adalah tanda kematian. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan duniawi tanpa memikirkan soal akhirat, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan ibada dan amalan untuk dibawa atau ditinggalakan sesudah mati.

· TANDA 40 HARI SEBELUM HARI MATI
Tanda ini juga lazimnya berlaku sesudah waktu Asar. “Bahagian pusat akan berdenyut-denyut”. Ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T. Malaikat mauat akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita anataranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Adakalanya Malaikat Maut ini akan meperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

· TANDA 7 HARI SEBELUM HARI MATI
Tanda ini akan diberi hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan, dimana orang sakit yang tidak mahu makan secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.

· TANDA 3 HARI SEBELUM HARI MATI
Tanda pada ketika ini iaitu: “Akan terasa denyutan dibahagian dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selpas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang-orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisinya. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jetuh ke depan dan sukar ditegakkan.

· TANDA 1 HARI SEBELUM HARI MATI
Tanda ini lazimnya berlaku sesudah waktu Asar, dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu dikawasan ubun-ubun. Ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar ke esokkan harinya.

· TANDA AKHIR KEMATIAN
Akan berlaku keadaan dimna kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap Kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan Malaikat maut untuk menjemput kita kemabali kepada Allah S.W.T.

Sesunggunya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah S.W.T. semoga kita adalah diantara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan doiberkan kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda kematian ini. Semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama adadari Alla S.W.T. mahupundari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutan kita.

Wala bagaimanpun, sesuai dengan sifat Allah S.W.T. yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorag manusia itu masih boleh diubah dengan Amalan Doa iaitu sama ada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah S.W.T. semata-mata. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi Hidayah dan Petunjuk oleh Allah S.W.T. serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. sama ada didunia mahupun di akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME