Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Friday, February 22, 2008

FADILAH & KHAFIAT AYAT AL-KURSI - SIRI 2






SIRI 2

اللّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيم
Al-Baqarah 255 (Ayat Al-Kursi)

2. Syaitan menghindari orang yang membaca Ayat Al-Kursi.

Sebagaimana yang kita ketahui kisah Abu Hurairah ra. yang ditugaskan untuk menjaga harta zakat pada bulan Ramadhan:
“Al-Bukhary meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. Dia berkata: Rasulullah r menugaskan aku untuk menjaga harta zakat pada bulan Ramadhan. Lalu ada seorang datang mencuri harta tersebut. Aku menangkapnya dan berkata: “ Demi Allah, saya akan melaporkan kamu kepada Rasulullah r. Dia merayu kepadaku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Aku kasihan kepadanya dan melepaskannya. Peristiwa itu aku ceritakan kepada Rasulullah r dan Rasululla r berkata: Dia Pendusta, dia pasti akan kembali. Peristiwa ini berlaku sehingga tiga kali. Lalu pada hari ketiga aku berjanji akan menangkap dan menghadapkannya kepada Rasulullah r. Pada masa itu dia datang lagi dan mencuri barangan itu. Aku dapat menangkapnya dan berkata akan menghadapkan dia kepada Rasulullah r. Dia menjawab: “Jika kamu melepaskan ku, aku akan ajarkan kamu beberapa kalimah, semoga Allah I memberimu manfaat dengannya” Apa itu Tanyaku? Dia menjawab: “Jika engkau menghampiri tempat tidurmu, maka bacalah ayat Al-Kursi, kerana dengan begitu Allah I sentiasa menjadi pemelihara dirimu dan engkau tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari”.

Perkara itu aku ceritakan kepada Rasulullah r. Baginda r bersabda: sekalipun orang itu membenarkanmu, tetapi tetap sahaja dia seorang pendusta, tahukah kamu siapa orang itu? “Tidak” jawab Abu Hurairah. Baginda berkata, Dia adalah syaitan.

Syaikhul-Isalam Ibnu Taimiyah memberikan catitan tentang Hadis ini: “Maka jika seseorang membacanya ketika sedang dirasuki syaitan dengan sebenar-benarnya, tentu dia boleh mengatasi keadaan itu, seperti orang yang hendak masuk ke dalam kemarakkan api kerana kerasukan syaitan atau tiba-tiba mendengar siulan dan gema, yang kemudian syaitan merasuk ke dalam dirinya sehingga dia meracau tanpa tujuan dan dia juga tidak memahami apa-apa yang diucapkannya”.

Al-Allamah Al-Ainy berkata tentang hadis itu: “Didalamnya terkandung keutamaan ayat Al-Kursi”

Mudah-mudahan Allah I merahmati kita semua. Amin Yaa Rabbal ‘Alamin
Bersambung Siri ke 3

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME