Hukum berkahwin bagi Lelaki
Terbahagi
kepada 5 dan hanya tertentu kepada kaum lelaki sahaja
Wajib Berkahwin
Sekiranya
seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar mahar (mas
kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin. Beliau
juga tidak berniat untuk menganiayai isterinya selama berumah
tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan
maksiat (zina) disebabkan runtuhan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.
Sunat Berkahwin
Kepada
orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah
maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.
Harus Berkahwin
Bagi
seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta
mampu.
Makruh Berkahwin
Apabila
sesorang itu bimbang jika dia akan berkahwin akan menzalimi
isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang
tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi
kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang
menghadapi peperangan.
Haram Berkahwin
Bagi
seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap isterinya
lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiayai isterinya.
DASAR PEMILIHAN ISTERI
Peranan
isteri begitu penting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga
diamanahkan. Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya, isteri
harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik
anak-anak, menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan
sebagainya. Oleh itu, terdapat beberapa dasar pemilihan isteri
mengikut syarak. Antaranya :
1. Perempuan yang taat beragama
Utamakanlah
pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan
lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab keturunan dan
rupa paras yang menawan. Dalam hadis lain Rasulullah SAW menyifatkan
wanita yang maksudnya : “dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah
wanita solehah.”
2. Berketurunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam
persekitaran sempurna akhlaknya
Penting
dalam membentuk suasana yang harmoni, saling kasih mengasihi dan hormat
menghormati antara suami isteri.
3. Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan
ramai anak
Nabi
Muhammad S.A.W akan berbangga dengan ramai umatnya pada hari kiamat nanti
terutamanya umat yang beriman dan bertakwa. Justeru itu, amat tepat
kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang
ramai. Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak
saudara perempuan dan juga saudara mara perempuannya yang terdekat.
4. Sekufu atau hampir sekufu
Antara
faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi,
pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya janganlah akal si suami itu
terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri. Seelok-eloknya ialah
10 tahun lelaki lebih tua dari wanita. Namun apabila si lelaki
mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga taraf ekonomi yang
lebih baik, maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri pada suaminya.
5. Masih gadis atau anak dara
Rasullullah
S.A.W. menggalakkan umat islam memilih isteri daripada kalangan gadis, bukan
janda, sesuai dengan nasihat Baginda S.A.W. kepada seorang sahabat Jabir R.A. kemersaraan
yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.
6. Pasangan bukan daripada keluarga terdekat
Tidak
begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat yang
hampir seperti sepupu. Antaranya ialah untuk mengurangkan keinginan
syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat
anak yang cacat dan kurang bijak.
DASAR PEMILIHAN SUAMI
1. Kuat Agama dan berakhlak mulia
Lelaki
soleh ialah bakal ketua keluarga yang mampu mentadbir isteri, anak-anak dan
rumahtangga dengan baik dan bertanggungjawab. Itulah asas penerimaan
seorang lelaki sebagai menantu oleh keluarga pihak
perempuan. Menerusi hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah r.a. bermaksud : “ Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu
redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah anakmu
itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan
kerosakan di atas muka bumi.
2. Bukan keluarga terdekat
3. Bebas daripada penyakit berat
Seorang
lelaki mestilah bebas daripada penyakit-penyakit yang menghalangnya daripada
berkahwin seperti gila, kusta, dan lemah shawat.
RUKUN NIKAH
1. Lelaki yang bakal menjadi suami
2. Perempuan yang bakal menjadi isterinya
3. Wali yang mengakad nikahkan pasangan atau
mewakilkan kepada jurunikah
4. Dua orang saksi yang mendengar dan mengesahkan
akad nikah
5. Ijab dan kabul
PERKARA-PERKARA YANG MENGHARAMKAN NIKAH
1. Haram hukum nikah dengan sebab keturunan seperti
lelaki dengan ibunya atau anak saudara atau perempuan dengan bapanya.
2. Haram nikah dengan sebab saudara susuan
3. Haram nikah dengan sebab berambil-ambilan
seperti lelaki berkahwin dengan ibu mertuanya atau ibu tirinya atau ibu
susuannya.
4. Haram menikahi bekas isterinya yang telah
diceraikan talak
tiga.
Tanggungjawab suami
1. Memberi sara hidup kepada isteri seperti
pemberian makanan dan tempat tinggal
2. Memberi nafkah batin termasuk menggauli isteri
dengan baik
3. Menyara anak-anak
4. Melindungi isteri dan anak-anak dari segi
keselamatan dan kesihatan
5. Melindungi maruah keluarga dan harta benda
6. Sentiasa membimbing isteri dengan ajaran islam
menuju keredhaan Allah.
7. Bertanggungjawab mendidik akhlah anak-anak dan
memastikan mereka mendapat pendidikan islam yang sempurna.
8. Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah
isteri, anak-anak dan jiran tetangga.
Tanggungjawab Isteri
1. Menjaga kehormatan diri terutamanya apabila
suami tiada di rumah. Misalnya tidak membenarkan lelaki yang bukan
mahram atau yang dibenci suami masuk ke rumah.
2. Patuh terhadap suruhan suami (selagi bukan
maksiat) dan sentiasa suka melayan suami lahir dan batin.
3. Menumpukan sepenuh kasih sayang kepada suami dan
anak-anak
4. Menjaga kebersihan rumah tangga dan kesihatan
diri serta anak-anak
5. Menjaga amanah dan harta suami
6. Sentiasa menyimpan rahsia pergaulan suami isteri
7. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami
(kecuali darurat)
8. Berhias diri hanya untuk tatapan suami sahaja
dan tidak untuk orang lain khususnya apabila berada di luar rumah. Ketika
berada di khalayak ramai, si isteri harus pandai menjaga kesopanan dan sentiasa
menutup aurat
POLIGAMI
Sebab
islam mengharuskan poligami :
1. Lelaki atau suami mempunyai dorongan nafsu
syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
2. Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sabit
membolehkan suami berkahwin lagi
3. Menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi
balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah
4. Menyelamatkan kaum wanita “andalusia” yang belum
berpeluang mendirikan rumah tangga
HIKMAH POLIGAMI
1. Dapat melahirkan zuriat terhadap pasangan yang
tidak dapat melahirkan anak kerana mandul, sakit dan lain-lain
2. Poligami ialah satu cara untuk melindungi kaum
wanita yang tidak mempunyai suami atau kehilangan suami seperti meninggal dunia
di medan perang.
3. Mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumu ke
lembah maksiat, kerana nafsu lelaki tidak pernah kurang, sedangkan nafsu
perempuan semakin berkurang dengan bertambah usianya.
4. Untuk mengurangkan jumlah kaum wanita yang tidak
berkahwin kerana semakin ramai bilangannya daripada kaum lelaki.
5. Mengekalkan kerukunan rumah tangga akibat krisis
antara suami dan isteri terutamanya tentang masalah seks. Dengan adanya
kebenaran poligami, keadaan suami kembali aman dan pergaduhan dapat dielakkan.
6. Menambahkan zuriat umat manusia di muka bumi
Allah melalui cara yang halal
KESAN POLIGAMI YANG TIDAK MENGIKUT SYARIAT
1. Menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya
terhadap isteri-isterinya.
2. Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak
cukup perbelanjaan dan memaksa mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak
baik.
3. Membawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita
4. Mewujudkan masyarakat yang tidak aman.
LANGKAH-LANGKAH MENGELAK PERCERAIAN
Langkah pertama
Suami
menasihati isteri dengan lemah lembut dan sabar. Sebutlah
contoh-contoh isteri beriman dan solehah misalnya wanita pada zaman Rasulullah
SAW.
Langkah kedua
Jika
tidak berjaya dengan langkah pertama, suami bolehlah tidur berasingan daripada
isteri (tetapi dalam rumah yang sama)
Langkah Ketiga
Jika
tidak berjaya dengan langkah kedua, langkah ketiga ialah memukul isteri dengan
pukulan yang tidak mencederakan dan tidak di bahagian muka
Langkah Keempat
Minta
bantuan orang tengah daripada kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan nasihat
yang dikira sebagai hakim iaitu orang yang layak membuat keputusan antara
kedua-dua belah pihak.
JENIS-JENIS TALAK
1. Talak Bain Sugha
Iaitu
suami telah menceraikan isteri talak satu dengan khuluk iaitu bertebus talak
dengan bayaran tertentu. Tiada boleh rujuk melainkan melaluI akad
nikah yang baru.
2. Talak Bain Kubra
Apabila
suami telah menceraikan isteri dengan talak tiga, tidak boleh dirujuk semula
atau dinikahi semula kecuali setelah melalui semua perkara-perkara berikut:
i. Setelah selesai idah perempuan
ii. Berkahwin dengan lelaki lain
iii. Ada persetubuhan dengan suami baru
iv. Bercerai dengan suami baru
v. Selesai i’dah dengan suami baru
3. Talak Raj’i
Suami
telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak dua dan boleh dirujuk
semula sekiranya isteri dalam idah tanpa akad yang baru tetapi kalau selepas
habis idah hendaklah diakad nikah semula.
HUKUM TALAK
WAJIB
Apabila
perbalahan suami isteri tidak lagi dapat didamaikan walaupun sehingga ke
peringkat menggunakan orang tengah maka wajiblah bercerai dengan isterinya.
HARAM
Apabila
isteri diceraikan dalam waktu-waktu seperti isteri dalam haid, setelah suami
bersetubuh dengan isterinya, isteri dalam keuzuran/sakit atau isteri yang belum
disempurnakan giliran
SUNAT
Apabila
suami tidak dapat menanggung nafkah isteri kerana tiada pekerjaan atau uzur,
isteri boleh menuntu fasakh (memohon membatal nikah dengan tidak mengurangkan
bilangan talak). Suami juga boleh menuntut fasakh jika isteri tidak
mahu menjaga maruah diri, berkahwin dengan isteri kerana paksaan, atau isteri
bersikap bengis dan kasar terhadap suami.
MAKRUH
Apabila
suami menceraikan isteri yang baik tingkah laki, taat kepada ajaran agama atau
tanpa sebab munasabah
HARUS
Harus
bagi suami melepaskan isterinya disebabkan dia(suami) lemah keinginannya atau
isteri yang putus haid.
No comments:
Post a Comment