Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Saturday, February 11, 2012

MUNAKAHAT (HUKUM PERKAHWINAN)




Hukum berkahwin bagi Lelaki
Terbahagi kepada 5 dan hanya tertentu kepada kaum lelaki sahaja

Wajib Berkahwin
Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar mahar (mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin.  Beliau juga tidak berniat untuk menganiayai isterinya selama berumah tangga.  Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) disebabkan runtuhan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.

Sunat Berkahwin
Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat.  Ini adalah hukum asal perkahwinan.

Harus Berkahwin
Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.

Makruh Berkahwin
Apabila sesorang itu bimbang jika dia akan berkahwin akan menzalimi isterinya.  Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.

Haram Berkahwin
Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiayai isterinya.

DASAR PEMILIHAN ISTERI
Peranan isteri begitu penting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan.  Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya, isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik anak-anak, menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan sebagainya.  Oleh itu, terdapat beberapa dasar pemilihan isteri mengikut syarak. Antaranya : 

1.       Perempuan yang taat beragama
Utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab keturunan dan rupa paras yang menawan.  Dalam hadis lain Rasulullah SAW menyifatkan wanita yang maksudnya : “dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.”

2.       Berketurunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam persekitaran sempurna akhlaknya
Penting dalam membentuk suasana yang harmoni, saling kasih mengasihi dan hormat menghormati antara suami isteri.

3.       Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak
Nabi Muhammad S.A.W akan berbangga dengan ramai umatnya pada hari kiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertakwa.  Justeru itu, amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai.  Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuan dan juga saudara mara perempuannya yang terdekat.

4.       Sekufu atau hampir sekufu
Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya janganlah akal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri.  Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih tua dari wanita.  Namun apabila si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga taraf ekonomi yang lebih baik, maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri pada suaminya.

5.       Masih gadis atau anak dara
Rasullullah S.A.W. menggalakkan umat islam memilih isteri daripada kalangan gadis, bukan janda, sesuai dengan nasihat Baginda S.A.W. kepada seorang sahabat Jabir R.A.  kemersaraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.

6.       Pasangan bukan daripada keluarga terdekat
Tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu.  Antaranya ialah untuk mengurangkan keinginan syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak.

DASAR PEMILIHAN SUAMI
1.       Kuat Agama dan berakhlak mulia
Lelaki soleh ialah bakal ketua keluarga yang mampu mentadbir isteri, anak-anak dan rumahtangga dengan baik dan bertanggungjawab.  Itulah asas penerimaan seorang lelaki sebagai menantu oleh keluarga pihak perempuan.  Menerusi hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bermaksud : “ Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah anakmu itu.  Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.

2.       Bukan keluarga terdekat

3.       Bebas daripada penyakit berat

Seorang lelaki mestilah bebas daripada penyakit-penyakit yang menghalangnya daripada berkahwin seperti gila, kusta, dan lemah shawat.

RUKUN NIKAH
1.       Lelaki yang bakal menjadi suami
2.       Perempuan yang bakal menjadi isterinya
3.       Wali yang mengakad nikahkan pasangan atau mewakilkan kepada jurunikah
4.       Dua orang saksi yang mendengar dan mengesahkan akad nikah
5.       Ijab dan kabul

PERKARA-PERKARA YANG MENGHARAMKAN NIKAH
1.       Haram hukum nikah dengan sebab keturunan seperti lelaki dengan ibunya atau anak saudara atau perempuan dengan bapanya.
2.       Haram nikah dengan sebab saudara susuan
3.       Haram nikah dengan sebab berambil-ambilan seperti lelaki berkahwin dengan ibu mertuanya atau ibu tirinya atau ibu susuannya.
4.       Haram menikahi bekas isterinya yang telah diceraikan talak tiga.                                                          

Tanggungjawab suami
1.       Memberi sara hidup kepada isteri seperti pemberian makanan dan tempat tinggal
2.       Memberi nafkah batin termasuk menggauli isteri dengan baik
3.       Menyara anak-anak
4.       Melindungi isteri dan anak-anak dari segi keselamatan dan kesihatan
5.       Melindungi maruah keluarga dan harta benda
6.       Sentiasa membimbing isteri dengan ajaran islam menuju keredhaan Allah.
7.       Bertanggungjawab mendidik akhlah anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan islam yang sempurna.
8.       Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah isteri, anak-anak dan jiran tetangga.
Tanggungjawab Isteri
1.       Menjaga kehormatan diri terutamanya apabila suami tiada di rumah.  Misalnya tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram atau yang dibenci suami masuk ke rumah.
2.       Patuh terhadap suruhan suami (selagi bukan maksiat) dan sentiasa suka melayan suami lahir dan batin.
3.       Menumpukan sepenuh kasih sayang kepada suami dan anak-anak
4.       Menjaga kebersihan rumah tangga dan kesihatan diri serta anak-anak
5.       Menjaga amanah dan harta suami
6.       Sentiasa menyimpan rahsia pergaulan suami isteri
7.       Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami (kecuali darurat)
8.       Berhias diri hanya untuk tatapan suami sahaja dan tidak untuk orang lain khususnya apabila berada di luar rumah. Ketika berada di khalayak ramai, si isteri harus pandai menjaga kesopanan dan sentiasa menutup aurat

POLIGAMI
Sebab islam mengharuskan poligami :
1.       Lelaki atau suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
2.       Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sabit membolehkan suami berkahwin lagi
3.       Menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah
4.       Menyelamatkan kaum wanita “andalusia” yang belum berpeluang mendirikan rumah tangga

HIKMAH POLIGAMI
1.       Dapat melahirkan zuriat terhadap pasangan yang tidak dapat melahirkan anak kerana mandul, sakit dan lain-lain
2.       Poligami ialah satu cara untuk melindungi kaum wanita yang tidak mempunyai suami atau kehilangan suami seperti meninggal dunia di medan perang.
3.       Mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumu ke lembah maksiat, kerana nafsu lelaki tidak pernah kurang, sedangkan nafsu perempuan semakin berkurang dengan bertambah usianya.
4.       Untuk mengurangkan jumlah kaum wanita yang tidak berkahwin kerana semakin ramai bilangannya daripada kaum lelaki.
5.       Mengekalkan kerukunan rumah tangga akibat krisis antara suami dan isteri terutamanya tentang masalah seks. Dengan adanya kebenaran poligami, keadaan suami kembali aman dan pergaduhan dapat dielakkan.
6.       Menambahkan zuriat umat manusia di muka bumi Allah melalui cara yang halal

KESAN POLIGAMI YANG TIDAK MENGIKUT SYARIAT
1.       Menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya terhadap isteri-isterinya.
2.       Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak cukup perbelanjaan dan memaksa mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik.
3.       Membawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita
4.       Mewujudkan masyarakat yang tidak aman.

LANGKAH-LANGKAH MENGELAK PERCERAIAN
Langkah pertama
Suami menasihati isteri dengan lemah lembut dan sabar.  Sebutlah contoh-contoh isteri beriman dan solehah misalnya wanita pada zaman Rasulullah SAW.
Langkah kedua
Jika tidak berjaya dengan langkah pertama, suami bolehlah tidur berasingan daripada isteri (tetapi dalam rumah yang sama)
Langkah Ketiga
Jika tidak berjaya dengan langkah kedua, langkah ketiga ialah memukul isteri dengan pukulan yang tidak mencederakan dan tidak di bahagian muka
Langkah Keempat
Minta bantuan orang tengah daripada kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan nasihat yang dikira sebagai hakim iaitu orang yang layak membuat keputusan antara kedua-dua belah pihak.

JENIS-JENIS TALAK
1.       Talak Bain Sugha
Iaitu suami telah menceraikan isteri talak satu dengan khuluk iaitu bertebus talak dengan bayaran tertentu.  Tiada boleh rujuk melainkan melaluI akad nikah yang baru.

2.       Talak Bain Kubra
Apabila suami telah menceraikan isteri dengan talak tiga, tidak boleh dirujuk semula atau dinikahi semula kecuali setelah melalui semua perkara-perkara berikut:
i.                     Setelah selesai idah perempuan
ii.                   Berkahwin dengan lelaki lain
iii.                  Ada persetubuhan dengan suami baru
iv.                 Bercerai dengan suami baru
v.                   Selesai i’dah dengan suami baru

3.       Talak Raj’i
Suami telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak dua dan boleh dirujuk semula sekiranya isteri dalam idah tanpa akad yang baru tetapi kalau selepas habis idah hendaklah diakad nikah semula.

HUKUM TALAK
WAJIB
Apabila perbalahan suami isteri tidak lagi dapat didamaikan walaupun sehingga ke peringkat menggunakan orang tengah maka wajiblah bercerai dengan isterinya.

HARAM
Apabila isteri diceraikan dalam waktu-waktu seperti isteri dalam haid, setelah suami bersetubuh dengan isterinya, isteri dalam keuzuran/sakit atau isteri yang belum disempurnakan giliran

SUNAT
Apabila suami tidak dapat menanggung nafkah isteri kerana tiada pekerjaan atau uzur, isteri boleh menuntu fasakh (memohon membatal nikah dengan tidak mengurangkan bilangan talak).  Suami juga boleh menuntut fasakh jika isteri tidak mahu menjaga maruah diri, berkahwin dengan isteri kerana paksaan, atau isteri bersikap bengis dan kasar terhadap suami.

MAKRUH
Apabila suami menceraikan isteri yang baik tingkah laki, taat kepada ajaran agama atau tanpa sebab munasabah

HARUS
Harus bagi suami melepaskan isterinya disebabkan dia(suami) lemah keinginannya atau isteri yang putus haid.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME