Daripada Wikipedia,
ensiklopedia bebas.
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa
ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan
antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah,
menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya
perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan
manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Isi kandungan
·
9 Nikah
·
11 Mahar
|
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di
kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini
berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada
mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi
membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya
buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa
sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan
beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam
berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”. [2]
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat
diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa
yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang
sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak
diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak
perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan
dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan
anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan
kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan..
§ Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan
oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had
dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan
perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan
tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan
syarat-syarat yang tertentu.
§ Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara
seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami).
Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit
di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat
Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita
itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk
kepada kitab Mahabhrata. [3]
§ Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu
perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah
agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana
menganggap perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk
sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali
(seperti mazhab Katolik).
§ Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang
kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya)
sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar
mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam
permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar
penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang
wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala
aspek.
§ Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat
mengawal nafsunya.
§ Harus kepada orang yang tidak ada padanya
galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
§ Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari
segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan
kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
§ Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk
memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak
punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
§ Cara yang halal untuk
menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran
sebagainya dapat dielakkan.
§ Untuk memperoleh
ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
§ Memelihara kesucian diri
§ Melaksanakan tuntutan
syariat
§ Menjaga keturunan
§ Sebagai media
pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi
membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa
akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu,
institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai
petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
§ Mewujudkan kerjasama dan
tanggungjawab
§ Dapat mengeratkan
silaturahim
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal
isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada
paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.
§ beriman & bertaqwa
kepada Allah s.w.t
§ bertanggungjawab
terhadap semua benda
§ memiliki akhlak-akhlak
yang terpuji
§ berilmu agama agar dapat
membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
§ rajin berusaha untuk
kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan
keluarga.
§ beriman & solehah
§ rupa paras yang sedap
mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
§ memiliki akhlak-akhlak
yang terpuji
§ menentukan mas kahwin
yang rendah
§ wanita yang subur
§ masih dara
§ berasal dari keturunan
yang baik
§ bukan keturunan terdekat
§ tidak memandang harta
semata-mata
§ Perempuan yang
diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan
ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada
kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah
bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik
lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:
§ Ibu
§ Nenek sebelah ibu
mahupun bapa
§ Anak perempuan &
keturunannya
§ Adik-beradik perempuan
seibu sebapa atau sebapa atau seibu
§ Anak perempuan kepada
adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
§ Emak saudara sebelah
bapa (adik-beradik bapa)
§ Emak saudara sebelah ibu
(adik-beradik ibu)
§ Perempuan yang
diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
§ Ibu susuan
§ Nenek dari sebelah ibu
susuan
§ Adik-beradik perempuan
susuan
§ Anak perempuan kepada
adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
§ Emak saudara sebelah ibu
susuan atau bapa susuan
§ Perempuan mahram bagi
lelaki kerana persemendaan ialah:
§ Ibu mentua dan ke atas
§ Ibu tiri
§ Nenek tiri
§ Menantu perempuan
§ Anak tiri perempuan dan
keturunannya
§ Adik ipar perempuan dan
keturunannya
§ Emak saudara kepada
isteri
§ Anak saudara perempuan
kepada isteri dan keturunannya
Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji
pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminangmerupakan adat kebiasaan
masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses
perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang,
bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan
orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan
tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh
lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita,
maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa
peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana
tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat
bagi seorang wanita ialah muka dan
kedua-dua tangansahaja.
Hadis Rasullullah
berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada
seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah
kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada
Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin
berkekalan." (Hadis Riwayat
Tarmizi dan Nasai)
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah
SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu
sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim(Asy-Syaikhan))
§ Wali
§ Dua orang saksi lelaki
§ Islam
§ Lelaki yang tertentu
§ Bukan lelaki mahram
dengan bakal isteri
§ Mengetahui wali yang
sebenar bagi akad nikah tersebut
§ Dengan kerelaan sendiri
dan bukan paksaan
§ Tidak mempunyai empat
orang isteri yang sah dalam satu masa
§ Mengetahui bahawa
perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri
§ Islam
§ Perempuan yang tertentu
§ Bukan perempuan mahram
dengan bakal suami
§ Bukan seorang khunsa
§ Bukan dalam ihram haji
atau umrah
§ Tidak dalam idah
§ Bukan isteri orang
§ Lelaki dan bukannya
perempuan
§ Baligh
§ Dengan kerelaan sendiri
dan bukan paksaan
§ Bukan dalam ihram haji
atau umrah
§ Tidak fasik
§ Tidak cacat akal
fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
§ Merdeka
§ Tidak ditahan kuasanya
daripada membelanjakan hartanya
Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi
wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah
pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik
beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan
hidup di lembah zina selamanya.
§ Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa
(bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau
cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan
kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
§ Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan
berhak menjadi wali
§ Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang
layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan
berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika
tiada yang terdekat lagi.
§ Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh
pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik
menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu
§ Sekurang-kurangya dua
orang
§ Islam
§ Berakal
§ Baligh
§ Lelaki
§ Memahami kandungan lafaz
ijab dan qabul
§ Dapat mendengar, melihat
dan bercakap
§ Adil (Tidak melakukan
dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
§ Merdeka
§ Pernikahan nikah ini
hendaklah tepat
§ Tidak boleh menggunakan
perkataan sindiran
§ Diucapkan oleh wali atau
wakilnya
§ Tidak diikatkan dengan
tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri)
yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah
muataah)
§ Tidak secara
taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku
nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas
kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".
§ Ucapan mestilah sesuai
dengan ucapan ijab
§ Tiada perkataan sindiran
§ Dilafazkan oleh bakal
suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
§ Tidak diikatkan dengan
tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
§ Tidak secara
taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
§ Menyebut nama bakal
isteri
§ Tidak diselangi dengan
perkataan lain
Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku
terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas
kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai"ATAU "Aku
terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".
Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin khususnya dari dua orang saksi perkahwinan dengan cara meminta saksi mengatakan lafaz"SAH" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.
Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar
perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan
mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin
Sejurus itu, mas kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan
kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari
manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol
pertalian kebahagiaan suami isteri. Aktiviti ini diteruskan dengan isteri
mengucup/mencium tangan suami, manakala suami mencium dahi isteri atau pipinya.
Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk". Ini kerana sebelum
akad nikah dijalankan, suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.
Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda
kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung. Perkahwinan Islam sememangnya mudah
kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset
perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian(walimatul
urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir. Jadi mengapa perlu menyusahkan
dalam hal berkaitan perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?
Wakil wali/Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan
oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para
Wali untuk menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami.Segala
urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin,barangan
hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan makanan kepada para hadirin
dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu. Qadi hanya perlu
memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan
lancar.Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan
dengan sempurna,Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan
seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi
seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara.Ini bagi memastikan status
resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara.Qadi selalunya dilantik
dari kalangan orang-orang alim(yang mempunyai pengetahuan dalam agama Islam
dengan luas) seperti Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya.Qadi
juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.
Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada
perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin.
Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang
wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil,
tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.
Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah
tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau
membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah
sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara
tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya
setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah
seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli
waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar
separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi
belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika
isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang,
suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib
memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.
§ Mahar misil : mahar saudara perempuan yang telah
berkahwin sebelumnya
§ Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan,
kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.
Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat(seperti majlis santapan
makanan)diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat).
Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan
tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu
perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan
kebahagiaan rumahtangga mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus
seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan
seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan
rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi MuhammadSAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur
mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.Dalam
menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam
bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya
perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa
gharar(was-was)dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan
dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.Islam melarang aktiviti
persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu
khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha
seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan
pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan
pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti
cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti
persandingan tersebut.
Perkataan rahbaniyah bermasud kerahiban atau
kependetaan, atau kehidupan paderi [4] Di dalam Islam, membujang tidak dianggap sebagi satu etika
atau cara bagi mendekatkan diri dengan Tuhan seperti yang dilakukan oleh agama
Kristian, Buddha, Jain dan sebagainya. Sebagai contoh, agama
Buddha ada menyebut tiga aspek yang perlu dimiliki oleh seorang sami iaitu kefakiran,
ketabahan dan kelanjangan (membujang). Mengikut agama Buddha, jika seseorang
mahu membebaskan dirinya dari nafsu duniawi dan keperluan jasmaniah maka ia
akan sampai kepada hakikat diri yang sebenarnya dan dapatlah ia masuk ke dalam
Nirwana [5]
Dalam agama Kristian ada ajaran yang menggalakkan penganutnya
mengamalkan hidup membujang. Sejak abad ke-5 lagi, orang begitu kagum dengan
golongan paderi yang hidup membujang dan sekiranya
golongan paderi mahu dihormati dan mengekalkan kuasa mereka, amatlah berfaedah
sekiranya mereka memisahkan diri mereka dari orang biasa dengan cara menjauhkan
diri dari perkahwinan. Mereka juga berpendapat bahawa paderi yang berkahwin
lebih rendah tarafnya dari paderi yang terus membujang kerana perkahwinan
bererti tunduk kepada nafsu. Saint Paul berkata, “Sekiranya mereka tidak boleh
tahan, biarlah mereka berkahwin akan tetapi seseorang yang benar-benar suci
mesti sanggup menahan diri dari berkahwin.” Oleh yang demikian, taraf membujang
di kalangan paderi dianggap memelihara moral gereja [6].
Selain itu, perkahwinan juga ditolak oleh golongan bukan paderi
mahupun sami seperti golongan yang terlalu sibuk mengejar kekayaan material dan
memberi alasan kesibukan bekerja sebagai penghalang membina rumahtangga.
Istilah ibahiyah diambil dari perkataan yang
bermaksud membolehkan. Selain itu, ibahiyah membawa maksud
membolehkan atau membebaskan tanpa batas seperti pergaulan seks bebas,homoseksual, lesbian dan sebagainya. Gejala sebegini wujud kerana sikap mereka
yang menolak konsep institusi perkahwinan.
Pergaulan bebas: Pendirian Islam dalam pertemuan antara lelaki
dan perempuan adalah tidak diharamkan sebaliknya ia diharuskan atau dituntut
jika ia menjurus kepada matlamat yang mulia seperti mencari ilmu yang bermanfaat,
amal ibadat, perkara kebajikan, jihad dan
perkara-perkara lain yang memerlukan pengembelingan tenaga antara kedua-duanya.
Namun setelah meluaskan arus pemikiran Barat dan seruan kebebasan wanita, pergaulan
bebas telah digariskan oleh al-Qardhawi sebagai
§ keruntuhan akhlak
§ wujudnya anak-anak yang
tidak sah tarafnya (anak luar nikah)
§ Merebaknya pelbagai
penyakit membahaya
§ Berlakunya keruntuhan
rumahtangga kerana perkara-perkara yang remeh
Amalan seks bebas: Kegilaan Barat yang memilih cara hidup
‘hidonistik’ iaitu mementingkan keseronokan dan tidak terikat dengan
tanggungjawab menyebabkan amalan seks rambang dan bebas berleluasa dan
mempengaruhi masyarakat dari benua lain untuk bersama mereka mengejar
keseronokan duniawi tanpa mempedulikan dunia selepas mati. Menurut perangkaan
Kementerian KesihatanSingapura (MOH) sebanyak 18.7% daripada 13,753 kes
pengguguran kandungan dilakukan di Singapura pada tahun 1999 melibatkan
wanita Melayu atau Islam. Menurut MOH lagi, hampir 41% pengguguran
dilakukan oleh wanita dari semua kaum dan agama yang belum berkahwin, janda dan
berpisah dengan suami
Homoseksual & Lesbian: Pasangan homoseksual atau gay lebih dikenali
sebagai perhubungan antara lelaki dengan lelaki dan lesbian sebagai perhubungan
antara wanita dengan wanita. Mereka menjalani hidup seperti suami isteri dan
beberapa negara Barat telah menghalalkan perkahwinan sejenis. Bahkan sesetengah
gereja dan paderi terus meraikan perkahwinan yang sememangnya dihalang oleh
semua agama termasuk Kristian sendiri. Manakala di Malaysia, pertubuhan seperti
Human Right Watch bagi rantau Asia menyeru supaya
Malaysia menghalalkan homoseksualiti dan lesbian. Artikel seperti
“Homosexuality is not a Sin”menjelaskan hujah-hujah yang dilihat secara
sepintas lalu ianya boleh menyakinkan orang ramai. [7]. Selain itu akhbar The Star pada 26 Mei 1998pernah melaporkan semasa pelancaran ‘Women’s
Agenda For Change’, Avy Joseph ada menyebut bahawa kita perlu membenarkan lesbianisme
sebagai tanda masyarakat yang toleran.
No comments:
Post a Comment