Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Saturday, March 19, 2011

HUKUM LELAKI BERTINDIK

BERTINDIK

Adat resam bertindik dahulunya dilakukan dengan mengadakan kenduri kendara di mana tukang tindik cuma perlu menebuk kedua-dua cuping telinga anak perempuan yang berumur antara lima hingga sepuluh tahun dengan menggunakan sejenis daun. Adat bertindik ini sebenarnya dilakukan untuk meraikan anak perempuan yang dianggap akan meningkat remaja bagi mendidik mereka agar pandai berhias apabila meningkat dewasa kelak. Bagi keluarga Melayu zaman kini, ia merupakan suatu simbolik titik permulaan pemberian sesuatu yang berharga daripada ibu bapa kepada anak perempuan mereka yang berupa barang kemas.

Selain itu, adat bertindik juga dilakukan sempena mengingati peristiwa di zaman Rasulullah di mana seorang wanita telah cedera di telinganya semasa terlibat dalam peperangan. Untuk menutup kecederaan di telinganya, beliau telah meletakkan sesuatu di lubang tersebut sebagai perhiasan. Inilah yang dikatakan asal-usul adat bertindik di kalangan masyarakat Melayu. Akan tetapi, pada zaman sekarang ini, kerja tersebut tidak banyak lagi dilakukan walaupun oleh orang-orang melayu kampung. Pada masa sekarang, bertindik ini dilakukan sendiri dengan apa sahaja cara yang mudah, asalkan cuping telinga anak masing-masing dapat ditebuk dengan selamat. Tambahan pula di bandar-bandar dan pekan-pekan besar sekarang, pelbagai jenis subang dan anting-anting moden yang cantik-cantik boleh dibeli dengan murah. Malah ada juga anting-anting yang boleh dibeli dan dipakai di cuping telinga dengan hanya pakai ketap sahaja. Walaubagaimanapun, dalam zaman moden kini, perkara bertindik telinga tidak lagi menjadi suatu perkara yang perlu bagi setiap kanak-kanak perempuan.


SOALAN:

1. Apakah hukum lelaki bertindik?
2. Betulkah lelaki yang bertindik x boleh mengimamkan solat?

jawapan:

بسم الله


والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Bertindik adalah amalan khas bagi wanita dengan tujuan perhiasan. Disebut dalam beberapa hadis bahawa ada kalangan wanita sahabiyyat yang memakai anting-anting di telinga.

Antaranya hadis Ibn Abbas, iaitu pada suatu hari raya selepas baginda solat berkhutbah, baginda pergi menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada mereka sambil menyeru supaya bersedekah. Ibn Abbas mengatakan: “Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga-telinga mereka dan tengkuk2 mereka, lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal”. Direkod oleh Bukhari (no: 4951).

Manakala golongan lelaki dilarang menyerupai wanita di dalam perihal perhiasan, sebagaimana hadis Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat org yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan org yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547).

Oleh itu, hukum lelaki bertindik adalah haram.

2. Lelaki yang bertindik dalam keadaan dia mengetahui perbuatannya haram dan berterusan melakukannya walaupun sudah ditegur dihukum sebagai fasik. Pendapat yang sahih ialah sah bersolat di belakang imam yang fasik, cuma tidak digalakkan.

Kata Imam Nawawi dalam Majmuk: “Di dalam kitab al-Sahih terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan sah sembahyang di belakang orang fasik dan imam-imam yang zalim”.

rujukan:
-Majmuk; Nawawi 4/253
-Jamik Ahkam al-Nisaa’; Mustafa Adawi 5/560

Sumber: http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/10/hukum-lelaki-bertindik/



Nama:aida

Tajuk Soalan:LELAKI BERTINDIK

Soalan:Apa hukumnya lelaki bertindik? saya juga ingin tahu adakah sah sembahyangnya, layakkah menjadi wali, mengimamkan sembahyang dsb.

sekian, terima kasih


Jawapan:Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Hukum seorang lelaki bertindik dan menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh meyerupai lelaki"
Orang yang melakukan perkara fasik iaitu melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan kemaksiatannya melebihi ketaatannya kepada Allah adalah tidak layak menjadi wali nikah, kerana satu daripada syarat menjadi wali itu ialah Adil.begitu juga imam dalam sembahyang, adapun sembahyangnya terpulang kepada Allah. Bagaimanapun jika orang itu bertaubat daripada perbuatannya itu maka haruslah baginya menajadi wali.

Sekian, wassalam.



Dijawab Oleh:Ustaz Ali Sobri


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME