Daripada Wikipedia, ensiklopedia
bebas.
Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang tidak
disukai oleh Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.
Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau
tebus talak.
Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut
syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak
merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata
sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga. Talak merupakan perkara yang
dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.
Hukum
|
Penjelasan
|
Wajib
|
a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat
untuk perdamaian rumahtangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami
|
Haram
|
a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada
menuntut harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi
disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih
|
Sunat
|
a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya
|
Makruh
|
Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak
mulia dan mempunyai pengetahuan agama
|
Harus
|
Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang
haid atau telah putus haidnya
|
Perkara
|
Syarat
|
Suami
|
Berakal
Baligh
Dengan kerelaan sendiri
|
Isteri
|
Akad nikah sah
Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya
|
Lafaz
|
Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya
Dengan sengaja dan bukan paksaaan
|
§ Talak sarih
Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya
talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi
isteri saya” dan sebagainya.
§ Talak kinayah
Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah
awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat
muka awak” dan sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu
jika berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak, maka
tidak berlaku talak.
Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami
boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah
tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.
Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga
kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh
merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya,
setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya.
Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan tidak
disetubuhinya ketika dalam tempoh suci
Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau
ketika suci yang disetubuhinya.
Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan
sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau
berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.
Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah
tanpa izin saya, maka jatuhlah talak satu.” Apabila isterinya keluar dari rumah
tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik.
Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di
Malaysia dan wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata,
“Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri
saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika
ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib
kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”
Ia juga boleh berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya
dengan sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa
kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM
1.00 sebagai tebus talak, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka
jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai tebus talak tersebut.”
Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau
putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu
sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang
difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah
kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya. Fasakh
hanya boleh dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab atau
kecacatan yang terdapat pada pihak suaminya. Mengikut mazhab Shafie, seorang
isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan
atau sekejab); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit yang menghalang
mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah
belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian,
memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau
muflis atau sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan
isterinya terlalu lama dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi
dan memudaratkan isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap
Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang
(suami atau isteri).
§ Jika suami atau isteri
mempunyai sebab yang megharuskan fasakh
§ Membuat aduan kepada
pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka
§ Jika dapat dibuktikan
pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan
membatalkannya
§ Pembatalan perkahwinan
dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang
baru.
Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada
dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan
dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau
lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah membayar sejumlah wang atau harta yang
dipersetujui bersama dengan suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan
isterinya dngan jumlah atau harta yang ditentukan.
Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : “Tidak
halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu
jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah
s.w.t.. Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka
tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.”
Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan kamu dengan
bayaran RM 10,000,” dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.” Apabila suami
melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta
jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami isteri hanya
boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja.
§ Memelihara hak wanita
§ Menolak bahaya
kemudaratan yang menimpanya
§ Memberi keadilan kepada
wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah.
Menurut bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala
menurut syarak, ia membawa maksud suami kembali semula kepada isterinya yang
diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk.
Hukum
|
Penjelasan
|
Wajib
|
Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan
gilirannya dari isteri-isterinya yang lain
|
Haram
|
Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau
memudaratkan isterinya itu
|
Makruh
|
Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri
|
Harus
|
Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama
|
Perkara
|
Syarat
|
Suami
|
Berakal
Baligh
Dengan kerelaan sendiri
|
Isteri
|
Telah disetubuhi
Berkeadaan talak raj’i
Bukan dengan talak tiga
Bukan cerai secara khuluk
Masih dalam idah
|
Lafaz
|
Ucapan yang jelas menyatakan rujuk
Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan
Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat
Dengan sengaja dan bukan paksaan
|
Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : “Saya
rujuk awak kembali” atau “Saya kembali semula awak sebagai isteri saya.”
Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : “Saya jadikan awak milik
saya semula” atau “Saya pegang awak semula”. Lafaz kinayah perlu dengan niat
suami untuk merujuk kerana jika dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk. Namun
jika tiada niat rujuk, maka tidak sahlah rujuknya.
No comments:
Post a Comment