Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Sunday, July 17, 2011

Tazkirah: Ramadhan "Penghulu segala bulan"


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

786lav.123

Kenapa Ramadhan dipanggil "penghulu segala bulan" ? Ini adalah kerana dalam bulan Ramadhan ini Allah menurunkan AlQuran kepada Nabi Muhammad SAW. Disamping itu juga dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar ‘ Lailatul-Qadr ’. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan( 83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama lebih 83 tahun.

Nabi Muhammad SAW ada menjelaskan “ Permulaan Ramadhan adalah rahmat , pertengahannya pengampunan manakala akhirnya adalah pelepasan dari seksa neraka” Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat nabi Muhammad SAW. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.

Rejab, Syaaban dan Ramadhan adalah gandingan bulan yang mulia. Rejab milik Allah, Syaaban milik Nabi Muhammad SAW dan Ramadhan adalah bulan bagi umat Muhammad SAW. Ini bermakna bulan Ramadhan yang kita sedang lalui sekarang adalah bulan yang paling istimewa buat umat Muahammad SAW. Oleh itu gembira menyambut ketibaan Ramadhan sahaja ( belum berpuasa lagi) Allah SWT mengharamkan kita dari dibakar oleh api neraka.Malang bagi sebahagian daripada kita terlalu gembira menyambut Tahun Baru 1 Jan dengan bersukaria tetapi tidak pada 1 Ramadhan.

Disepanjang bulan Ramadhan kita berpuasa, menahan anggota dari melakukan perkara yang membatalkan atau mencederakan puasa kita. Setiap saat dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Pendek kata kita boleh mendapat pahala sepanjang masa dalam bulan Ramadhan. Ini tidak dapat dilakukan dalam bulan-bulan yang lain dan ibadat-ibadat yang lain.

Begitulah hebatnya tawaran dan anugerah Allah sehingga malaikat Jibrail menerangkan kepada Baginda SAW bahawa orang yang tidak mendapat pengampunan Allah pada bulan ini adalah orang-orang betul-betul celaka dan malang. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang tidak mendapat rahmat Allah dibulan Ramadhan ini.

Malaikat Jibrail mengatakan demikian lantaran amat mudah sekali bagi kita untuk mendapat rahmat Allah pada bulan Ramadhan ini.Hal ini tidak berlaku dalam bulan-bulan yang lain. Mereka yang terlalu ingkar dan melawan Allah saja yang terkecuali dari mendapatkeampunan. Pintu rahmat ditutup baginya.

Sama-samalah kita kita memohon keampunan ke hadrat AllahSWT sempena Ramadhan tahun ini semoga kita memperolehi keselamatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.Amin. Kita belum pasti akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Oleh itu beribadatlah sebanyak mungkin dengan melakukan ketaatan seperti membaca AlQuran , bersedekah dan sebagainya disamping mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.

Ya Allah...terimalah segala amalan kami yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini. Ampunilah kami sebagaimana Engkau mengampuni umat-umat terdahulu. Sesungguhnya kami sangat bergembira dengan kedatangan bulan Ramadhan ini. Kami sedar sabda Rasululullah SAW bahawa mereka yang bergembira dengan kedatangan bulan Ramadhan ini ,Engkau haramkan dari dibakar dari api neraka. Oleh itu kami memohon sepenuh hati sehingga kami juga Engkau jauhkan dari azab dan siksaan api neraka...

Zaman mutakhir ini begitu banyak sekali wabak penyakit dan bala-bala Allah turun di sekitar kita...maka anggaplah Ramadhan Almubarak 1430H adalah yang terakhir buat kita.Sama-samalah kita tingkatkan amal ibadah bagi menuju ke jalan Syurga Allah...Amin Ya Rabbalalamin.

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

kelebihan 30 hari bertarawih tu adalah kesimpulan yang dikumpul oleh para ulamak....

dapat dari: fadilat ramadhan..hadis-hadis..ayat quraan dan hadis kudsi

hadis sahih, hasan.atau dhaif....kada-hingkat ditakrifkan
jar ustad..hanya kesimpulan fadhilatnya

tapi banyak di muatkan dalam kita-kitab yang membahaskan pasal ramadhan...

contoh :

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


wallahu aklam

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME