Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Tuesday, May 17, 2011

Liwat II: Keadaan mahkamah tegang


Mei 16, 11 9:43am

Kongsi 259361

[IKUTI LAPORAN LANGSUNG]

Keadaan persekitaran di kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini tegang berikutan ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkumpul sejak awal pagi tadi bagi mendengar keputusan sama ada ketua pembangkang itu perlu membela dirinya terhadap tuduhan liwat ke atasnya.

court anwar trial 160511 police and crowd waiting for anwar exitPagi tadi, beberapa anggota pemuda PKR bertengkar dengan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks mahkamah.

Seorang daripada mereka menuntut supaya polis menghentikan sekatan itu dan mendakwa sebagai pembayar cukar, rakyat berhak masuk ke kawasan berkenaan dengan bebas.

Beberapa rakannya yang lain cuba mententeramkan ahli itu dan menariknya ke tepi. Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.

anwar sodomy trial 160511 support outside court 04Keadaan semakin hangat apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Seorang penyokong yang terlalu kecewa menjerit kepada sekumpulan wartawan TV3 dan menyeru mereka supaya "TV tiga-suku balik". Ada juga yang melaungkan "TV3 lucah" merujuk kepada tindakan stesen televisyen itu yang menyiarkan rakaman video seks seorang pemimpin yang didakwa mirip Anwar.

anwar court trial 160511 sentul district police chief zakaria paganSementara itu, menurut OCPD Sentul Zakaria Pagan, polis menahan seorang lelaki yang membawa tukul besi di perkarangan mahkamah tersebut.

Katanya, lelaki yang berpakian seragam pengawal keselamatan itu juga mencurigakan pihak berkuasa.

"Polis agak bimbang. Kejadian berlaku pada jam 9.15 pagi. Lelaki itu dibawa ke balai polis daerah Sentul,” katanya.


Kehadiran anggota polis yang ramai daripada lazimnya dikatakan berjaya mengawal keadaan dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

court anwar trial 160511 eating nasi lemakPenyokong Anwar mula tiba seawal jam 4.30 pagi ini dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.

Mereka juga sempat bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan aklhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.

Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.

anwar court trial 160511 anwar press conference outside court buildingAnwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.




Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/164218



No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME