Dayus disebut dlm bahasa arab sbg Ad-Dayuth(الدّيّوث). didefinisikan sbg berikut:
i.
ii. As-sindi dlm syarh sunan an-nasa'ie menyebut:
iii. lelaki yang membenarkan perempuan dibawah tanggungjawab atau jagaannya melakukan maksiat/bergaul bebas, atau memperlihatkan kecantikan mereka kpd lelaki bukan muhram sehingga menggoda hawa nafsu mereka.
"Sesungguhnya Allah cemburu dan orang mukmin juga cemburu, sesungguhnya cemburu Allah didatangkan kepada orang mukmin dengan apa yang diharamkan keatasnya" - [hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
حدثنا يعقوب حدثنا أبي عن الوليد بن كثير عن قطن بن وهب بن عويمر بن الأجدع عمن حدثه عن سالم بن عبد الله بن عمر أنه سمعه يقول حدثني عبد الله بن عمر
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ثلاثة قد حرم الله تبارك وتعالى عليهم الجنة مدمن الخمر والعاق والديوث الذي يقر في أهله الخبث
Dari Abdullah bin `Amr bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: �3 jenis manusia yg Allah haramkan mereka masuk ke jannah yakni peminum khamr, penderhaka kpd ibubapa dan pendayuth yang membenarkan ahli keluarganya melakukan maksiat.� (Hadith riwayat Imam Ahmad)
--------------
���� ���� �������� ��������� ���������� ����������
Dayus berasal dari perkataan Arab dayuth (dhal ya' wau tha') dan ianya berkait rapat dengan ghirah (ghin ya' ro' ta').
Perkataan dayus telah menjadi perkataan Melayu tetapi makna perkataan dayus dalam BM agak berlainan dari makna istilah dayus dalam Agama.
Dalam Kamus Dewan Cetakan Kedua (Edisi Baru) 1991 m/s 259 perkataan dayus membawa makna berikut:quote:
dayus hina dan keji (sifat atau perbuatan): hanya laki-laki yg ~ sahaja membenarkan isterinya mencari wang dgn jalan tidak halal; mendayus menghinakan, mengejikan, merendahkan, mencerca;
kedayusan perihal (sifat) dayus: yg kekal dlm masyarakat yg jahil itu ialah kebatilan, ~, kebodohan dan fitnah serta hasad dengki.
Namun dayus dalam istilah Agama adalah lebih khusus dalam satu segi tetapi kemudiannya berkembang menjadi lebih luas dari segi-segi lain!
"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "
........................................................................................................................
Lelaki atau bakal menjadi suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama.
Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekejasama dalam menjalani kehidupan beragama dengan baik justeru, tiadalah titile dayus untuk si suami.
"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.
Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik
No comments:
Post a Comment