Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Saturday, April 2, 2011

Dr Vanezis: Teoh masih sedar ketika jatuh

Mac 30, 11 7:37pm
Seorang pakar forensik Britain mengulangi di hadapan Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock, bahawa setiausaha politik itu masih sedar apabila dia terjatuh dari tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009.

"Saya pasti Teoh masih hidup dan sedar apabial dia jatuh. Pada pandangan saya, semua kecederaan di tubuhnya adalah akibat jatuh dari tempat tinggi," kata Prof Dr Peter Vanezis.

NONEDr Vanezis, semasa testimoni pertamanya semasa inkues di Mahkamah Majistret Shah Alam tahun lepas, telah memberi keterangan bahawa dengan merujuk kepada kecederaan di tubuh Teoh menunjukkan bahawa mangsa cuba menampan jatuhannya sebelum mendarat.

Beliau menjelaskan kecederaan yang dialami oleh mangsa juga menunjukkan ia tersebar di sekitar badan dan apa yang kelihatan pada permukaan badan adalah biasa akibat jatuh dari tempat tinggi.

Teoh, 30, pembantu anggota exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor, sehari selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 bangunan itu.

Sebelum ini, Dr Vanezis tidak bersetuju dengan ahli pathologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand bahawa kesan (sekitar leher) disebabkan oleh cekikan atau pukulan objek tumpul, yang mungkin menyebabkan Teoh tidak sedarkan diri atau menyebabkan kematiannya.

raja petra shafee abdullah sedition case 150808 04Apabila disoal oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak bagi pihak SPRM sama ada kesan lebam yang ditemui pada leher Teoh selari dengan kes cekikan, Dr Vanezis berkata beliau tidak menolak kemungkinan ada semacam 'leher terkunci' yang mungkin menyebabkan kesan lebam.

Pakar itu memberitahu inkuiri itu bahawa bedah siasat pertama ke atas tubuh Teoh, tidak sangsi lagi menyediakan hasil yang lebih baik berbanding bedah siasat kedua.

Beliau menjelaskan pada bedah siasat kedua "kamu memeriksa satu tubuh yang telah pun dibedah dan mungkin ada kerosakan pada tubuh itu.

"Ia mungkin lebih sukar untuk mengambil sampel dari bedah siasat kedua malah sampel itu juga mungkin terjejas dan lebam yang ada pada badan mungkin bertambah gelap menyebabkan butirannya boleh memperdaya. Ada kawasan seperti itu yang mungkin menyediakan masalah yang mendalam," kata Dr Vanezis.

NONESebelum ini, Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh juga menyebut bahawa bedah siasat pertama pada 17 Julai 2009 lebih dipercayai memandangkan tubuh itu masih elok dan banyak bukti boleh dikumpul berbanding bedah siasat kedua pada 22 Nov 2009.

Dr Shahidan, yang menjalankan bedah siasat kedua ke atas si mati, bersama dengan Dr Pornthip dan Dr Vanezis.

Pada akhir prosiding, pengerusi panel inkuiri Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen berterima kasih kepada Dr Vanezis atas kerjasamanya.

azlan"Bagi pihak suruhanjaya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda dan selamat jalan," katanya.

Selain Foong, suruhanjaya siasatan itu juga dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.Selventhiranathan, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Mohamed Hatta Shaharom.

- Bernama
Sumber:
http://www.malaysiakini.com/news/160138

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME