Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Friday, April 29, 2011

Bolehkah Wanita Haid dan Orang Junub Masuk Masjid..?

Masjid itu tempat sujud ...
Memasuki masjid dalam keadaan hadas amatlah dilarang kerana menjaga kesucian masjid .
Ini kerana selain dari manusia makhluk yang lain seperti malaikat dan jin juga beribadah .
Penegasan disini ialah menjaga kesucian ..
Akan tetapi jika untuk mengambil sesuatu atau terpaksa melalui sesuatu maka ia diperbolehkan dan dihalalkan.
Melainkan jika dia duduk diam maka ini tidak diperbolehkan / tidak dihalalkan hatta pada diamnya untuk majlis ilmu juga dilarang.
Sebab itu jika ingin dibuat majlis-majlis ilmu maka sebaiknya di kawasan lapang agar mereka yang di dalam hadas boleh mengikutinya.

Lazimnya surau istilahnya yang tidak menjalankan atau mengadakan sembahyang jumaat .
Maka hukum itu terangkat padanya.

Akan tetapi bagi hal surau yang mengadakan sembahyang jumaat ia dikenali sebagai surau jami' dan ia pada dasarnya diiktiraf sebagai masjid maka surau jami' ini samalah hukumnya dengan masjid cuma ia diistilahkan surau. Maka dilarang mereka yang berhadas memasukinya malah disurau jami' ini boleh dilakukan tahiyatul masjid . Untuk mengenali surau jami' ini biasanya adanya mimbar di dalamnya . ( maksudnya di surau itu diadakan sembahyang jumaat )

ika seseorang perempuan masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar adalah dilarang sama sekali...
tetapi dibolehkan atas sebab-sebab tertentu...
dengan sebab yang memang tidak boleh dielakkan...
dengan syarat tidak mengotor ruangan solat tersebut....


Pendapat Para Ulama’

Sejak dahulu para ulama’ telah berbeda pendapat dalam permasalahan ini atas empat pendapat. Tiga pendapat di antaranya telah disebutkan oleh al-‘Alamah Ibnu Rusyd rahimahullah, dia berkata; sebagian mereka dari kalangan madzhab Malik dan pengikutnya melarang secara muthlaq; dan sebagian mereka dari kalangan madzhab asy-Syafi’i melarang keculai bagi pejalan dan bukan bagi yang menetap di masjid; dan sebagian mereka dari kalangan madzhab Daud adh-Dhahiriy dan pengikutnya membolehkan secara muthlaq. (Lihat Bidayah al-Mujtahid, 1/.46)

Aku (penulis –red-) berkata, “Dan telah dinukil juga (yang demikian) oleh penulis al-Fath ar-Rabbaniy li Tartibi Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal asy-Syaibaniy, 2/165 dari Zaid bin Tsabit, Daud dan ahlu Dhahir, sebagaimana juga asy-Syaukaniy telah menukilnya dari al-Muzanniy pengikut asy-Syafi’iy. (Lihat Nail al-Authar, 1/251)

Adapun pendapat ke empat mengatakan bahwa selama yang sedang junub telah berwudhu maka boleh masuk baginya ke dalam masjid. Pendapat ini dinukil oleh Ibnu Katsir (dalam tafsirnya, 1/205) dari Imam Ahmad, dan dinukil juga oleh imam asy-Syaukani dan Muhammad Syamsul Haq al-Adhim Aabadiy dari Imam Ahmad dan dari Ishaq bin Rahawaih dan Ibnu Qadamah (‘Aunul Ma’buud, 1/391), dan asy-Syaukani menyebutkan bahwa Imam Ahmad dan Ishaq mengkhususkan yng demikian bagi wanita yang berhadats besar (junub) dan bukan haid. Keduanya mengambil dalil hadits sebagaimana diriwayatkan oleh Sa’ied bin Manshur dan al-Bukhari (dalam at-Tarikh al-Kabir) dari Athaa bin Yasar, dia berkata, “Aku telah melihat beberapa laki-laki dari sahabat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam sedang duduk di dalam masjid dan mereka dalam keadaan junub, jika para sahabat sedang wudhu untuk melakukan shalat.

Dan juga riwayat Hanbal bin Ishaq sahabat Ahmad dari Zaid bin Aslam, dia berkata,”Suatu hari sahabat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa salam berhadats sedang mereka ada di dalam masjid dan mereka juga tidak dalam keadaan berwudhu, dan pada saat itu salah seorang dari mereka sedang junub, maka dia berwudhu kemudian masuk masjid dalam keadaan berhadats.

Aku berkata, “Ini adalah pendapat Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah (Majmu’ah al-Fatawa al-Kubra, 1/313, Abdur Rahman bin Qasim), dan al-Khathabiy menganggap pendapat Ahmad, Ishaq dan adh-Dhahiriyah atau sebagian dari mereka sebagai pendapat yang sama sebagaimana dia berkata, “Bahwa Imam Ahmad bin Hanbal dan Jama’ah dari Ahli Dhahir membolehkan bagi Junub masuk ke dalam masjid, kecuali Imam Ahmad yang menganjurkan baginya berwudhu jika ingin masuk ke dalam masjid. Aku berkata, “Bahwa pendapat al-Khathabiy adalah bagus dan kuat”.(Alsofwah)

Rasulullah SAW bersabda kepada Ibunda ‘Aisyah –Radhiallahu ‘Anha: “Ambilkan untukku Al-Khumrah (sajadah) dari dalam masjid.”
Ibunda ‘Aisyah –Radhiallahu ‘Anha menjawab: “Sesungguhnya aku dalam keadaan haid.”
Lalu bersabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya haidmu bukan di tanganmu.”
(HR. Muslim).


Dalam hadis ini Rasulullah SAW membolehkan wanita haid untuk masuk ke dalam masjid.

Rasulullah SAW bersabda kepada Ibunda ‘Aisyah –Radhiallahu ‘Anha: “Ambilkan untukku Al-Khumrah (sajadah) dari dalam masjid.”
Ibunda ‘Aisyah –Radhiallahu ‘Anha menjawab: “Sesungguhnya aku dalam keadaan haid.”
Lalu bersabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya haidmu bukan di tanganmu.” (HR. Muslim).
Dalam hadis ini Rasulullah SAW membolehkan wanita haid untuk masuk ke dalam masjid.

Jawapan dari Ustaz Rashidi :

Berkenaan dengan persoalan dan masalah perempuan haid duduk di dalam masjid hukumnya adalah haram kerana dalil-dalil berikut:

Firman Allah Taala bermaksud:
Janganlah kamu mendekati solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu perkatakan dan berjunub melainkan melintas sahaja sehinggalah kamu mandi janabah.
(Suran an-Nisa: ayat 43).

Dalam ayat di atas terdapat larangan daripada Allah Taala bahawa tidak dibenarkan mendekati solat dan tempat solat iaitu masjid dalam dua keadaan iaitu:
- Mabuk.
- Junub.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Aku tidak menghalalkan masjid bagi orang yang haid dan berjunub.
(Riwayat Abu Daud).

Dalam hadis di atas juga menunjukkan bahwa Rasulullah S.A.W. melarang duduk di dalam masjid bagi orang yang berjunub dan haid.


Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni mengatakan:
Telah terbahagi dua pandangan dalam masalah adakah orang yang berjunub dan haid di halalkan untuk masuk di dalam masjid? Beliau mengatakan bahawa: Pandangan pertama mengatakan adalah haram memasuki masjid bagi orang yang berjunub dan haid tanpa pengecualian. Manakala pandangan kedua mengatakan di haramkan untuk duduk di dalam masjid bagi orang yang berjunub dan haid kecuali melintas sahaja. Dan tidak pula dinukilkan ada pandangan yang ketiga yang mengatakan bahawa boleh bagi orang yang berjunub dan haid untuk duduk di dalam masjid.


Syeikh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili mengatakan dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu ketika beliau menyenaraikan perkara-perkara yang diharamkan ke atas perempuan haid dan nifas antaranya adalah:
Masuk ke masjid dan duduk di dalamnya dan beriktikaf padanya walaupun selepas mengambil wudhuk.
Beliau turut menyatakan bahawa mazhab Shafie dan Hanbali membolehkan perempuan yang haid dan nifas untuk melintas di dalam masjid dengan syarat aman daripada mengotorkan masjid.


Perlu difahami bahawa jikalau seseoarang perempuan haid itu aman daripada mengotorkan masjid maka dia hanya dibenarkan untuk melintas sahaja. Adapun duduk dan beriktikaf di dalam masjid tetap haram. Adapun pandangan yang mengatakan: "Jikalau sesesorang perempuan yang haid dan nifas itu aman daripada mengotorkan masjid tidak menjadi masalah untuk dia duduk dan beriktikaf di dalam masjid kerana illah (sebab) daripada pengharaman memasuki masjid, duduk dan beriktikaf padanya telah tiada" Pandangan seperti ini tidaklah bertepatan kerana perempuan yang haid dilarang daripada memasuki masjid yang merupakan rumah Allah Taala yang suci itu bukan kerana najis darah haid yang dikhuatiri daripada mencemarkan masjid bahkan larangan itu adalah kerana diri perempuan itu yang tidak bersih daripada haid dan nifas sebelum dia mandi wajib.


Jikalau perempuan haid yang boleh menjaga darah haid daripada tertumpah mencemari masjid dibenarkan memasuki masjid, duduk dan beriktikaf di dalamnya mengapa seorang lelaki yang bermimpi basah di malam harinya tetap tidak dibenarkan memasuki masjid selagimana dia tidak mandi wajib padahal memang sudah pasti maninya tidak akan keluar lagi pada ketika dia memasuki masjid itu. Tambahana pula antaikata terkeluar juga maninya daalm keadaan dia belum mandi janabah maka maninya tetap suci bukanlah najis yang mengotorkan masjid. Jadi jelaslah sekarang bahawa bagi orang yang berjunub dan perempuan yang haid adalah di haramkan memasuki masjid.

Rata-rata ulama (jumhur ulama) berpandangan bahawa adalah haram bagi orang yang berjunub dan haid untuk duduk di dalam masjid.


Kawasan masjid yang tidak dibenarkan bagi perempuan haid adalah kawasan orang bersembahyang (dewan solat). Adapun kawasan luarnya (seperti kaki lima masjid dll) adalah dibenarkan. Surau bukanlah termasuk dalam takrif masjid.

~ WALLAHU A'LAM ~

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME