Hukumnya adalah sunat
Di dalam mazhab syafie membaca qunut ini adalah sunat ab'adh (sunat yang amat digalakkan) iaitu sekiranya ditinggalkan disunatkan untuk sujud sahwi.
Mengapa kita perlu buat perkara-perkara sunat, antaranya ia adalah sebagai pelengkap agar solat kita lebih sempurna. Bahkan ia mengandungi banyak kebaikan kerana doa qunut ini mengandungi doa contohnya :
Ya ALLAH
Kurniakan aku petunjuk dan hidayahMu
Bersama-sama mereka yang Engkau beri petunjuk dan hidayah
Sujud sahwi tersebut ada petunjukknya dari RasuluLLah, tetapi jika anda tidak buat memang tidak mengapa. Lebih elok dilakukan.
Dalil :
Diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar membaca doa qunut pada solat Subuh di hadapan para sahabat dan selainnya.
Berkenaan dengan hadith yang diriwayatkan daripada Anas ini, menurut al Haithami, Para perawinya adalah dipercayai." Menurut an Nawawi ia diriwayatkan oleh sekumpulan huffaz (ahli hadith) dan mengakui kesahihannya.
Kesahihan ini dinyatakan oleh al Hafiz al Balkhi, Al Hakim, Al Baihaqi dan ia juga diriwayatkan oleh Ad Daruqutni melalui beberapa jalan dengan sanad yang sahih.
dari abu hurairoh ra, bahawasanya Nabi SAW pernah qunut disembahyang subuh hingga katanya: kemudian sampai kepada kami, bahawa qunut itu telah ditinggalkannya tatkala turun ayat:
"an anasin rodiyallohu 'anhu anna nabiyyu sholallahu 'alaihi wasalam qonata syahron ba'dar rukuyad'uu a'laa ahya'i minal 'arobi tsumma tarkahu
Daripada Anas ra, bahawasanya Nabi s.a.w. pernah qunut sebulan lamanya sesudah rukuk (dalam solat subuh), yang mendo'akan suku-suku arab kemudian meninggalkannya
tentang hadist tersebut dijawab oleh ulama syafi'iyah "bahawa qunut yang ditinggalkan oleh Nabi SAW hanyalah Qunut Nazilah, yang sifatnya mengutuk, berdasar hadist tersebut, adapun hadist yang tidak mengutuk tidak ada keterangan yang jelas bahawa Nabi s.a.w. meninggalkannya, terutama qunut subuh,
dari keterangan ini, mudah-mudahan jadi penengah bahawa jangan memperuncing perbedaan pendapat tapi peruncinglah persamaan.
Qunut dalam Sembahyang Subuh.
Tersebut dlm kitab Al-Majmu' syarah Muhazzab jilid 3 hlm.504, maksudnya:
"Dlm mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana atau tidak. Dgn hukum inilah berpegang majoriti ulamak salaf dan orang2 yg sesudah mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan diantara yg berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dgn sanad2 yg sahih. Ramai orang yg termasuk tabi'in dan yg sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan Daud."
Tersebut dlm kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie
berkata,maksudnya:
"Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai"
Tersebut dlm kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin
Al-Mahalli, maksudnya:
"Disunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua drpd solat subuh dgn doa, Allahumahdini hingga akhirnya"
Demikianlah keputusan dan kepastian hukum tentang qunut subuh dalam mazhab kita Syafie.
ALASAN ORANG-ORANG YG MENOLAK QUNUT
Ada orang yg berpendapat bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut satu bulan shj berdasarkan hadith Anas ra, maksudnya:
"Bahawasanya Nabi saw melakukan qunut selama satu bulan sesudah rukuk sambil mendoakan kecelakaan ke atas beberapa puak Arab kemudian baginda meninggalkannya." Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Kita menjawab:
Apakah yg ditinggalkan oleh Nabi itu?
Meninggalkan qunutkah? Atau meninggalkan berdoa yg mengandungi kecelakaan ke atas puak-puak Arab?
Untuk menjawab permasalahan ini lah kita perhatikan baik2 penjelasan Imam Nawawi dlm Al-Majmu'jil.3,hlm.505 maksudnya:
"Adapun jawapan terhadap hadith Anas dan Abi Hurairah r.a dlm ucapannya dengan (thumma tarakahu) maka maksudnya adalah meninggalkan doa kecelakaan ke atas orang2 kafir itu dan meninggalkan laknat terhadap mereka shj. Bukan meninggalkan seluruh qunut atau meninggalkan qunut pada selain subuh. Pentafsiran spt ini mesti dilakukan kerana hadith Anas di dlm ucapannya 'sentiasa Nabi qunut di dlm solat subuh sehingga beliau meninggal dunia'adalah sahih lagi jelas maka wajiblah menggabungkan di antara kedua-duanya."
Imam Baihaqi meriwayatkan dan Abdur Rahman bin Madiyyil, bahawasanya beliau berkata, maksudnya:
"Hanyalah yg ditinggalkan oleh Nabi itu adalah melaknat."
Tambahan lagi pentafsiran spt ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah ra yg berbunyi, maksudnya:
"Kemudian Nabi menghentikan doa kecelakaan ke atas mereka."
********************** semoga bermanfaat***********************
No comments:
Post a Comment