Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Saturday, June 5, 2010

PROPOSAL MASJID RAYA NAGARI KATIAGAN






PANITIA PEMBANGUNAN MASJID NURUL SA'ADAH
Kejorongan Katiagan, Kenagarian Katiagan
Kecamatan Kinali – Kabupaten Pasaman Barat
Propinsi Sumatera Barat – INDONESIA
Rekening BRI: 0615-01-006299-50-1

Rujukan : Proposal
Halaman : 4 Lembar


Kepada

Sesiapa yang berkenaan

Perkara: Mohon Bantuan Dana untuk Pembangunan Masjid

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
Terlebih dahulu kami Do'akan semoga pihak Tuan/puan, Bapak/ibu, Sdr/i, berada dalam keadaan sehat wal 'afiat.

Perkara diatas adalah dirujuk, Kami selaku Panitia Pembangunan Masjid sedang melaksanakan rehab (ubahsuai) Masjid. Namun sampai sekarang kami masih membutuhkan bantuan dana dari pelbagai pihak bagi melancarkan proses pembangunan dan pengubahsuaian Masjid Raya Katiagan dengan ukuran 20 x 16m dengan menelan biaya sebesar Rp. 256,200,000.00 (Dua Ratus Lima Puluh Enam Juta Dua Ratus Ribu Rupiah).

Oleh kerana itu sudilah kiranya Tuan/puan menghuluran dana bantuan untuk pembangunan Masjid kami ini dan kami berharap dengan adanya bantuan tersebut kami dapat melaksanakan pembangunan Masjid kami ini supaya dapat digunakan bagi pembinaan manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah I dan hidup rukun dan damai serta selesa dalam melaksanakan Ibadah

Demikianlah kami maklumkan. Sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak Tuan/puan sangat kami harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Semoga bantuan dan kerjasama ini mendapat keberkatan dari Allah I

$yg•ƒr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä (#qà)ÏÿRr& $£JÏB Nä3»oYø%y—u‘ `ÏiB È@ö7s% br& u’ÎAù'tƒ ×Pöqtƒ žw ÓìøŠt/ ÏmŠÏù Ÿwur ×'©#äz Ÿwur ×pyè»xÿx© 3 tbrãÏÿ»s3ø9$#ur ãNèd tbqãKÎ=»©à9$# ÇËÎÍÈ
254. Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang Telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa'at[160]. dan orang-orang kafir Itulah orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah: 254)

[160] Syafa'at: usaha perantaraan dalam memberikan sesuatu manfaat bagi orang lain atau mengelakkan sesuatu mudharat bagi orang lain. syafa'at yang tidak diterima di sisi Allah adalah syafa'at bagi orang-orang kafir.



PROJEK PROPOSAL PEMBANGUNAN MASJID RAYA KATIAGAN
MASJID NURUL SA'ADAH
Kejorongan Katiagan, Kenagarian Katiagan
Kecamatan Kinali – Kabupaten Pasaman Barat
Propinsi Sumatera Barat – INDONESIA


1. Dasar Pemikiran
Seiring dengan keputusan pemerintah pusat yang telah mencanangkan program otonomi daerah sesuai dengan undang-undang No. 22 Tahun 1999 dan PerDa Propinsi Sumatera Barat No. 16 Tahun 2000 dengan adanya seruan kembali "Kasurau", maka makin nampak bahawa kita semua dituntut untuk kembali kepada asal budaya kita dengan istilah dalam budaya Minang Kabau dengan sebutan "Adat Basandi Sarak, Sarak Basandi Kitabullah" – serta "Sarak mangato Adat Mamakai". Apalagi semenjak akhir-akhir ini banyaknya terjadi gejala sosial seperti Nakoba, Judi dan yang paling berbahaya adalah ancaman Kristenisasi yang memurtadkan orang-orang Islam. Bukan hanya masalah sosial yang disebutkan ini yang dirisaukan tetapi yang lebih penting adalah Umat Islam itu sendiri yang sudah jauh daripada ajaran Islam sebenar. Ajaran Islam sudah mula pudah dalam kehidupan harian, Aqidah masyarakat sudah jauh daripada aqidah Islam yang sebenarnya. Oleh kerana itu, dalam rangka menyelamatkan aqidah dan menyebarkan syiar Islam yang sebenar, maka kami melihat perlu diwujudkan sebuah tempat yang sesuai dan selesa seperti Masjid dan Kelas-kelas pengajian Islam.

Dengan adanya ubahsuai Masjid Nurul Sa'adah ini, kami mengharapkan Masjid Raya ini bukan saja digunakan untuk mendirikan Ibadah Shalat Lima Waktu, tetapi Masjid ini juga dapat digunakan untuk Wirid-wirid dan Pengajian-pengajian Al-quran bagi membentuk masyarakat Islam yang berilmu, beriman dan ber'amal sesuai dengan kehendak Allah I dan Sunnah Rasulullah r, khususnya di jorong kanagarian katiagan ini.


2. Tujuan
Dalam rencana pembangunan Masjid Raya Katiagan, menginginkan adanya keselesaan dan kenyamanan dalam melaksanakan Ibadah sehingga Masjid Raya ini yang juga merupatan Aset Nagari dapat dimanfaatkan bagi generasi muda anak nagari dan masyarakat umumnya untuk pembentukkan mayarakat yang berakhlak mulia.

Selain daripada itu, diharapkan setelah bangunan masjid ini siap sepenuhnya, Masjid ini dapat digunakan sebagai:
v Tempat pembinaan dan pendidikan untuk anak-anak dan orang-orang dewasa serta masyarakat keseluruhan bagi mencegah dan membendungi anak nagari daripada pengkristenisasi
v Tempat untuk membangun suatu system pola hidup yang Islami
v Tempat menggalakkan sistem belajar di Masjid/surau
v Tempat menjalin hubungan silaturrahmi sesama masyarakat
v Tempat membentuk generasi muda Islami yang cintakan akan perbuatan "Amar Ma'ruf Nahi Mungkar"


3. Anggaran Biaya
1. Jumlah Dana yang diperlukan keseluruhan : Rp. 256,200,000.00
2. Jumlah Dana yang terkumpul dari sumbangan Masyarakat : Rp. 68,800,000.00
Kekurangan dana : Rp. 187,400,000.00

Kekurangan dana sangat besar kerana masjid raya ini belum siap sepenuhnya semenjak dibangun dan dengan musibah Gempa Bumi yang melanda Sumatera Barat pada 30 september 2009, Masjid ini rusak yang sangat serius. Walaupun masih boleh digunapakai tetapi statusnya tidak layak untuk duduki.

Oleh kerana itu kami merayu kepada Tuan/puan, Bapak/ibu, Sdr/i, dana untuk pembangunan Masji kami ini. Kami menerima dana tersebut walau sebesar apapun. Terlebih dahulu kami uncapkan terima kasih keatas bantuan yang Tuan/puan, Bapak/ibu, Sdr/i berikan, semoga Allah I membalasnya dengan rahmat dan hidayah_Nya


4. Penutup
Dengan adanya bantuan dari Tuan/puan, Bapak/ibu, Sdr/I, kami berharap segala cita-cita dan harapan kami dapat terlaksana, tanpa bantuan dari Tuan/puan, Bapak/ibu, Sdr/i, masyarkat kami tidak dapat beribadah dengan selesa dan mengundang bahaya ketika berada dalam Masjid.

Demikianlah proposal ini kami ajukan, Sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak Tuan/puan sangat kami harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Semoga bantuan dan kerjasama ini mendapat keberkatan dari Allah I

JUMLAH BIAYA KESELURUHAN

256,200,000.00

JUMLAH DANA YANG ADA
68,800,000.00

BAKI DANA YANG DIPERLUKAN
187,400,000.00


PROJEK PROPOSAL PEMBANGUNAN MASJID RAYA KATIAGAN
MASJID NURUL SA'ADAH
Kejorongan Katiagan, Kenagarian Katiagan
Kecamatan Kinali – Kabupaten Pasaman Barat
Propinsi Sumatera Barat – INDONESIA


SUSUNAN PENGURUS


Pelindung/Penasehat:
1. Wali Nagari Katiagan
2. Kepala Jorong Katiagan
3. ST. Majo Lelo
4. Ninik Mamak Katiagan


Ketua : S. By. Ganto
Sekretaris : Muksin S.Pd
Bendahara : St. Syahril


Pembantu Pelaksana:
1. St. Kahimal Syam
2. D.St. M. Indo
3. Roslan Jambak


Pencari Derma:
Malaysia / Kuala Lumpur:
Khairy Rosman Hp: 012-2175979

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME