Pages

Sunday, July 8, 2012

HUJJAH UNTUK WAHABI - Siri 2


HUJJAH
AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH KE ATAS AJARAN WAHABI


SIRI 2

1.   TAJUK            : MAHA SUCI ALLAH DARIPADA BERJIHAH (diliputi oleh arah dan penjuru)
 
     AHLI SUNNAH
PEGANGAN        : Allah maujud tanpa arah ataupun tempat, Dia tidak mendiami Arasy ataupun langit
DALIL               : Sabda Rasulullah r Ya Allah! Engkau adalah Maha Zahir (setiap sesuatu menunjukkan keatas_Mu), maka tiada sesuatupun diatas_Mu dan Engkau juga Maha Batin (tidak dapat dibayangkan), maka tiada suatupun dibawah_Mu. Riwayat Muslim.

     WAHABI
     PENDAPAT        : Wahhabi berkata: Allah berada disuatu arah; diatas Arasy dengan Zat_Nya.
     RUJUKAN           : Kitab mereka: Fatawa Al 'Aqidah; Al Uthaimin H: 85.


2.   TAJUK            : MENSUCIKAN ALLAH DARIPADA SEBARANG PERGERAKAN
 
     AHLI SUNNAH
PEGANGAN        : Allah I suci daripada sebarang pergerakan dan tidak disifatkan dengan pergerakan ataupun perpindahan
     DALIL               : Ijtima' Ahli Haq menyatakan bahawa perherakan merupakan sifat makhluk

     WAHABI
PENDAPAT        : Wahhabi berkata: Allah itu bergerak mengikut sebagaimana sangkaan mereka, berpindah dari tempat yang tinggi ketempat yang rendah dan dari tempat yang rendah ke tempat yang tinggi
RUJUKAN           : Kitab mereka: Fatawa Al 'Aqidah; Al Uthaimin H: 732.


3.   TAJUK            : MAHA SUCI ALLAH DARIPADA BERSIFAT TURUN SECARA HISSI (turun dengan zat_Nya).
 
      AHLI SUNNAH
PEGANGAN        : Allah I tidak bersifat dengan turun dari atas ke bawah kerana yang  demikian adalah sifat makhluk
     DALIL               : Firman Allah I:

11...tiada suatupun yang sebanding dengan_Nya (zat, sifat-sifat dan pentadbiran_Nya)…  (QS: As-Syuura: 11)
  . . . }§øŠs9 ¾ÏmÎ=÷WÏJx. Öäïx« ( . . . ÇÊÊÈ




     WAHABI
PENDAPAT        : Wahhabi mensifatkan Allah dengan dengan sifat-sifat manusia, mereka berkata: Allah I itu turun dari atas ke bawah.
RUJUKAN          : Syarah al 'Aqidah al Tohawiyyah, Ibnu Abi al 'Iz H: 286. Cetakan al Wahhabiah yang ke-9 tahun 1988.


4.   TAJUK            : ALLAH BERKATA TANPA LIDAH
 
      AHLI SUNNAH
PEGANGAN        : Allah berfirman dengan Kalam_Nya yang azali tanpa menggunakan angota
                               iaitu lidah, mulut dan dua bibir kerana ini adalah sifat manusia sedangkan mustahil bagi Allah bersifat dengan sifat makhluk Ciptaan_Nya
     DALIL               : Firman Allah I

11...tiada suatupun yang sebanding dengan_Nya (zat, sifat-sifat dan pentadbiran_Nya)…  (QS: As-Syuura: 11)
  . . . }§øŠs9 ¾ÏmÎ=÷WÏJx. Öäïx« ( . . . ÇÊÊÈ



                               Ulama salaf, Imam al Tohawi berkata: Maha Suci Allah daripada mempunyai
                               batas-batasan, batas akhir, anggota dan alat.

     WAHABI
PENDAPAT        : Berkata al Uthaimin pemuka Wahhabi: Tidak harus kita menetapkan bahawa Allah mempunyai lidah tetapi kita juga tidak menafikannya kerana kita tidak mempunyai ilmu tetntangnnya.
RUJUKAN           : Kitab mereka: al Liqa' al Syahri No: 3, H: 47 Dar al Watan al Riyadh


5.   TAJUK            : MENGGUNAKAN LAFAZ QADIM BAGI ALLAH

      AHLI SUNNAH
     PEGANGAN        : Allah tidak menyerupai manusia, maka Dia tidak mempunyai sebarang
                               gambaran ataupun bentuk
     DALIL               : Sabda Rasulullah r

Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung dan dengan Zat_Nya yang Maha Mulia serta Kekuasaan_Nya yang Qadim (ada_Nya tanpa permulaan.
Riwayat Abu Daud
أَعُوْذُبِاللَّهِ الْعَظِيْمِ, وَبِوَالْكَرِيْمِ, وَسُلْطَانِهِ الْقَدِمِ

     WAHABI
PENDAPAT        : Puak Wahhabi mengingkari orang-orang Islam yang berpegang dengan Hukum harus menggunakan lafaz Qadim kepada Allah berdasarkan hadis Nabi r dan mereka mentohmahnya dengan mendakwa bahawa mereka mengambilnya dari fahaman Falsafah
RUJUKAN           : Komentar mereka terhadap kitab mereka al Fawakih al 'Izab H: 52
  Muassasah al Risalah - Beirut


6.   TAJUK            : MUKHALAFATULL AH LI AL HAWADITH (Bersalahan Allah I dengan yang baharu)

      AHLI SUNNAH
PEGANGAN        : Allah I tidak menyerupai manusia kerana Dia yang menjadikan manusia Pencipta (Allah) tidak menyerupai makhluk ciptaan_Nya, Dia juga tidak  menyerupai sesuatu yang mempunyai gambaran, bentuk dan kadar tertentu.
     DALIL               : Firman Allah I

11...tiada suatupun yang sebanding dengan_Nya (zat, sifat-sifat dan pentadbiran_Nya)…  (QS: As-Syuura: 11)
  . . . }§øŠs9 ¾ÏmÎ=÷WÏJx. Öäïx« ( . . . ÇÊÊÈ

    

    
     WAHABI
PENDAPAT        : Wahhabi berkata: Allah mencipta makhluk mengikut gambaran Kami dan menyerupai Kami (maksud mereka ialah menyerupai Allah dan juga  gambaran Allah) 
RUJUKAN          : Kitab mereka: Aqidah Ahli al Iman fi Khalq Adam 'ala Surah al Rahman; Mahmud al Tuwaijri (Ibnu Baz memuji kitab ini) H: 76 Dar al Liwa' – al Riyadh.

Kembali ke: HUJJAH UNTUK WAHABI - Siri 1

No comments:

Post a Comment