Daripada Wikipedia,
ensiklopedia bebas.
Nikah mut'ah (Arab: نكاح المتعة nikāḥ al-mut'aṯ, harfiah: perkahwinan[1] untuk keseronokan[2]), atau sigheh, adalah perkahwinan
bagi tempoh masa tertentu, yang menurut Mazhab Syiah, adalah perkahwinan
bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut
terlerai. Ia adalah bentuk kedua perkahwinan Islam seperti dalam al-Quran (4:24):
Dan (diharamkan juga
kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya
yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan
hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu
perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari
(isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian
mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia
menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan
sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) dan tiadalah kamu
berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu
(suami isteri), sesudah ditetapkan mas kahwin itu (tentang cara dan kadar
pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Walau bagaimanapun, ia dinyatakan sebagai haram oleh pihak ahli Sunnah wal-Jamaah. Bab ini yang paling diperdebatkan dalam
bidang fiqh; ahli Sunnah dan Syiah masing-masing memegang pendapat yang
berbeza tentang keizinan untuk perkahwinan ini. Mut’ah dalam Syiah lebih banyak
berpunca dari ajaran Majusi yang mengajarkan fahaman "seks bebas" di
kalangan penganut-penganutnya. Walau bagaimanapun, Syiah meriwayatkan bahawa
Imam Ar Ridha (Imam yang ke-8 Syiah) menyatakan bahawa Mut’ah itu tidak halal
kecuali kepada orang yang mengertinya iaitu haram kepada orang yang jahil
tentangnya. [3]
Mut’ah boleh terjadi dengan cara;
1.
Tanpa wali, saksi dan perisytiharan.[4]
2.
Di mana-mana sahaja di antara seorang lelaki dan seorang
perempuan.
4.
Walaupun tidak mengetahui sama ada perempuan itu bersuami atau
tidak.[6]
5.
Dengan perempuan dalam lingkungan umur yang tidak tertipu iaitu 10
tahun.[7]
6.
Dengan bayaran mas kahwin yang tidak terlalu besar, hanya memadai
dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar atau satu dirham
bahkan kurang lagi dari satu dirham.[8]
7.
Dengan perempuan tanpa had. Ia tidak terbatas kepada empat orang
sahaja.[9]
8.
Untuk jangkamasa tertentu seperti 2 tahun, 2 bulan, sebulan, seminggu
atau sehari.[10]
9.
Dengan seseorang perempuan beberapa kali. Perempuan itu tidak
haram kepadaa lelaki yang telah melakukan melakukan mut’ah dengannya walaupun
beberapa pada kali yang ke-3 bahkan pada kali yang ke-1000 sekalipun.[11]
10.
Dengan bayaran maskahwin secara ansuran dan tidak memberi
sebahagian daripada maskahwin mengikut keadaan hari atau masa keengganan
perempuan bergaul dengan lelaki yang mengadakan aqad mut’ah dengannya. Misalnya
mereka mengadakan akad mut’ah untuk 10 hari dan menentukan maskahwinnya
sebanyak RM 100.00 tetapi si lelaki bimbang perempuan yang dia lakukan mut’ah
dengannya itu tidak akan memenuhi tempoh yang dipersetujui itu maka bolehlah ia
mengaqad mut’ah dengan bayaran maskahwinnya secara beransur-ansur. Jadi jika
perempuan itu hanya memenuhi kepuasan lelaki tersebut selama 5 hari sahaja,
maka lelaki itu perlu membayar RM 50.00 sahaja.[12]
3.
↑ Man Laa Yahdhuruhul Faqih j . 3. hal.459
4.
↑ At Thusi- Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 248 , 249 , 254 , An
Nihayah hal. 489
5.
↑ Khomeini-Tahriru Al Wasilah jil. 2 hal. 292
6.
↑ Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 253, An Nihayah hal. 489
7.
↑ Al Istibshar j. 3 hal. 461, Al Furu’ Min Al Kafi jil . 5
hal. 463
8.
↑ Al Furu’ Min Al Kafi jil. 5 hal 457 , Tahzibu Al Ahkam jil.
7 hal. 260
9.
↑ Jaafar As Shadiq bahawa beliau ada berkata,
"Berkahwinlah dengan mereka secara mut’ah walaupun sampai 1000 orang
kerana mereka itu termasuk di antara perempuan sewaan" . (Al Istibshar j.
3 hal. 461, Tahzibu Al Ahkam j. 7 hal. 259, Wasaailu As Syiah jil, 14 hal, 446,
Al Furu ‘ Min Al .Kafi jil. 5 hal. 452)
10.
↑ Sekurang-kurang tempoh bagi mut’ah itu boleh dilakukan
mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam riwayat ( Syiah ) dari Ali bin
Muhammad Al Jawad (Imam yang ke-10 Syiah ) bahawa beliau pernah ditanya,
"Berapa lamakah sekurang-kurangnya tempoh bagi mut’ah itu boleh dilakukan?
Adakah harus seseorang melakukan mut’ah dengan syarat sekali persetubuhan?,
"Ya, tidak mengapa. Tetapi bila selesai (daripada persetubuhan itu)
hendaklah ia memalingkan mukanya dan tidak memandang lagi kepada perempuan itu.
(Al Furu’ Min Al Kafi j. 5 hal 460. Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 267)
11.
↑ Ini tersebut di dalam riwayat Syiah dari Aban bahawa ada
orang bertanya Jaafar As Shadiq tentang bolehkah seseorang melakukan mut’ah
dengan sesorang perempuan beberapa kali? Jaafar Al Shadiq menjawab, "Tidak
mengapa, ia boleh melakukan mut’ah dengannya seberapa kerap yang
dikehendakinya". Al Furu ‘ Min Al Kafi jil . 5 hal. 460, Wasaailu As Syiah
jil. 14 hal. 480.
12.
↑ Ini berdasarkan riwayat mereka (Syiah) daripada Umar bin
Hanzalah katanya, "Aku bertanya Jaafar As Shadiq; Bolehkah aku mengadakan
aqad mut’ah dengan seorang perempuan selama sebulan dengan tidak memberikan
kepada perempuan itu sebahagian daripada maskahwinya? Jaafar As Shafiq
menjawab, "Ya, boleh. Ambillah daripadanya sekadar masa keengganannya
(untuk bergaul denganmu). Jika setengah bulan ambillah separuh, jika sepertiga
bulan ambillah satu pertiga."(Al Furu’ Min Al Kafi j.5 hal.461,Wasaailu As
Syiah jil.14 hal.481,Biharu Al Anwar jil.100 hal.310)
No comments:
Post a Comment