Seorang
mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim yang
terbabit pada perhimpunan pro-kebebasan akademik, Ahad lalu sehingga
menyebabkan pergelutan berdarah dengan pihak polis telah disingkirkan
dari kolej kediaman universiti itu.

Menurut
penyelaras kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli Abdul
Halim, pelajar wanita itu dimaklumkan keputusan itu semalam selepas
beliau dibebaskan daripada tahanan polis.
Adam Adli ketika
dihubungi hari ini berkata setiausaha LMP Siti Nurul Piteriah Abdul
Halim telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI.
Katanya,
seorang lagi pelajar universiti itu yang mengambil bahagian dalam
demonstrasi menjelang Tahun Baru juga mungkin menghadapi tindakan
disiplin, tetapi ini belum disahkan.

"Mereka
belum diberikan sebarang notis siasatan oleh pihak berkuasa
universiti," kata Adam Adli, yang tidak tinggal di kampus Tanjung Malim.
Pada kejadian itu, kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang dilaporkan cedera.
[Baca berita penuh]
No comments:
Post a Comment