Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) disahkan telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan kemasukan orang Islam ke agama Kristian dalam serbuan jabatan itu ke atas sebuah gereja pada awal bulan ini.
Sumber kerajaan negeri Selangor mengesahkan bahawa perkara itu terkandung dalam laporan awal siasatan berkenaan yang disediakan oleh JAIS berhubung serbuan jabatan itu ke atas Damansara Utama Methodist Church.
Kandungan laporan itu juga sama dengan sebahagian daripada kandungan yang dibocorkan ke blog pro-BN sebelum ini, menurut sumber berkenaan.
"Program Thanksgiving Dinner ini disyaki bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang Islam itu ke agama Kristian sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya sebagai majlis berbuka puasa dengan melibatkan orang Islam sendiri," laporan itu dipetik.
Pemeriksaan ke atas kira-kira 100 orang hadirin di majlis berkenaan turut mendapati bahawa seramai 12 orang daripadanya merupakan penganut Islam. Laporan berkenaan menyenaraikan sepenuhnya nama serta nombor kad pengenalan individu berkenaan.
"Salah seorang yang mendakwa dirinya penganjur utama telah ditanya secara lisan oleh penguatkuasa JAIS kepadanya sama ada dia beragama Islam.
"...Dia menjawab 'I Believe in God' dan enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan kad pengenalannya jelas beliau seorang Islam."
Laporan itu turut menyatakan bahawa seorang individu berbangsa Melayu diperhatikan sedang memberikan ucapan "tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam" dalam majlis berkenaan.
Menurut laporan itu lagi, tiga orang peserta Islam cuba melarikan diri melalui pintu belakang secara senyap.
Selain itu, beberapa orang anggota penganjur juga dikesan memakai baju kebaya dan baju kurung manakana dua buah lagu bertajuk "Alhamdulillah" dan "Allahuakbar" turut dinyanyikan dalam program berkenaan.
Dalam satu kenyataan hari ini, pastor Daniel Ho berkata, mereka telah
Semalam, JAIS dalam kenyataannya menafikan pihaknya "menyerbu" DUMC dan menegaskan tiada sebarang bentuk kekerasan yang digunakan.
"Mereka masuk ke dewan di mana majlis sedang diadakan dan merakamkan video dan gambar,” kata Ho dalam satu kenyataan.
Menurutnya, majlis ini bertujuan bagi meraikan usaha NGO berkenaan dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain.
Majlis diadakan di kompleks aktivitinya di Dream Centre, yang antara lain memaparkan ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan timbalan pengerusi Suruhajaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/173758
DUMC mengulangi bahawa JAIS dan anggota polis datang ke premisnya - Dream Centre - tanpa waran geledah.
menceroboh majlis makan malam kesyukuran dan terganggu program tersebut.
"Mereka ambil gambar dan video apabila mereka datang," kata Ho, sambil menambah mereka terus merakam dan mengambil gambar walaupun selepas keluar dewan.
Pegawai JAIS, tegasnya, memberi beberapa amaran keras kepada pihak penganjur kerana enggan bekerjasama dengan tuntutan mereka.
Pada masa yang sama, tambahnya, ramai anggota berpakaian biasa bermotosikal memasuki perkarangan Dream Centre dan sekitar kawasan tersebut.
DUMC membuat kenyataan itu seminggu selepas serbuan tersebut Rabu lalu oleh 20 hingga 30 pegawai JAIS, yang menurut DUMC, tidak mempunyai apa-apa jenis waran.
Bagaimanapun, pastor itu tidak menyentuh tentang dakwaan bahawa gereja itu terbabit dalam usaha memurtadkan orang Islam.
Puluhan anggota JAIS dan polis didakwa memasuki bangunan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada sekitar jam 10 malam dan mula menyoal hadirin berbilang kaum pada majlis itu.
Paderi kanan DUMC Daniel Ho berkata majlis makan malam itu diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.
"Bila ditanya penganjur mengapa mereka berada di sana, (pegawai) JAIS berkata mereka menerima aduan, tetapi dia gagal memberi sesalinan (aduan) apabila diminta berbuat demikian,” katanya.
Ho berkata anggota JAIS turut mencatatkan butiran tetamu beragama Islam yang hadir sebelum meninggalkan bangunan itu dengan polis.
"Harapan Komuniti adalah NGO berasakan komuniti yang membawa harapan, kasih sayang dan keamanan bagi golongan miskin, memerlukan dan terpinggir tanpa mengira bangsa, bahasa, agama atau status.
"Majlis makan malam ini adalah sambutan pelbagai bangsa yang terdiri daripada sukarelawan, pemimpin, penyokong dan anggota masyarakat yang mendapat manfaat daripada kerja-kerja NGO itu,” jelasnya
Jumaat lalu, DUMC menjadi tuan rumah kepada sebuah forum mengenai pembaharuan pilihan raya yang dianjurkan oleh Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).
Semalam, anggota DUMC yang menulis mengenai kejadian itu di laman web mikro-blog Twitter, anggota Jais juga menggeledah tong sampah gereja berkenaan.
No comments:
Post a Comment