PAS menyarankan penubuhan panel khas pengawasan syariah yang berfungsi mengawal penyiaran dan memandu media perdana supaya tidak bercanggah dengan agama Islam.
Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man cadangan itu dibuat untuk memastikan insiden penghinaan terhadap agama Islam tidak berulang berikutan insiden penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” dalam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia Rabu lalu.
Pada 15 Jun lalu, Utusan menyiarkan karikatur yang dilukis oleh Miki yang membuat dua perbandingan situasi mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol.
Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.
Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”
Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”
Kelmarin, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat turut menyelar Utusan dengan menyifatkan akhbar milik Umno itu sebagai “Denmark Malaysia” kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam.Minta maaf
Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada akhbar Denmark yang pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.
“Dengan adanya lembaga pengawasan syariah ini, diharap dapat membina media lebih bertanggungjawab kerana kesan penyebaran media perdana mempunyai kesan langsung kepada rakyat,” katanya.
Sehubungan itu Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menasihatkan pelukis karikatur dan editor Utusan yang menyiarkan karikatur berkenaan supaya meminta maaf.
Semalam, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan dalam memorandum bantahannya memberikan tempoh tujuh hari bermula dari tarikh karikatur berkenaan disiarkan kepada Utusan agar memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam.
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/167283
No comments:
Post a Comment