"Sama juga dengan isu kaum, kalau satu kaum bawa satu perkara berlebih-lebih sangat, ia akan mengundang reaksi dari kaum lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut di Besut, hari ini.
Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan wakil Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno mengulas laporan media berhubung dakwaan adanya satu majlis pertemuan tertutup paderi yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini.
Hishammuddin berkata beliau kini menunggu laporan berhubung apa yang di bincangkan pada majlis itu.
"Bila kita dah beri semua penjelasan, mereka masih lagi mengheret kepada perpecahan saya rasa polis akan buat keputusan nanti, tapi bukan saya (yang akan ambil tindakan), nanti kita dituduh berpolitik pula," katanya.
Katanya dalam menangani isu seumpama ini, kerajaan mementingkan keselamatan dan sentiasa memantau perbuatan-perbuatan yang boleh menimbulkan isu keselamatan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis akan menyiasat dakwaan tersebarnya satu lagi video seks yang didakwa membabitkan ketua pembangkang yang dipercayai dicetak di Thailand.
"Seperti biasa, bersandar pada laporan polis, polis siasat perkara ini dan kalau salah, polis akan ambil tindakan. Tiada siapa boleh letak diri mereka melebihi undang-undang termasuk trio 'Datuk T'. Kalau salah tetap salah," katanya.
- Bernama
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/163514
No comments:
Post a Comment