Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Saturday, May 7, 2011

Fitnah video seks: NGO gesa k'jaan ambil tindakan


Salhan K Ahmad
Mei 6, 11
4:20pm

Kongsi 549,813

Sekumpulan wakil NGO mengancam untuk mengadakan perhimpunan lebih besar sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan segera ke atas individu yang didakwa bertanggungjawab menyebarkan fitnah berhubung rakaman video seks.

NONESelain itu, sekumpulan 30 orang yang berhimpun di Masjid Negara hari ini turut menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan peruntukan undang-undang Islam berhubung tuduhan zina dan liwat ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuntutan itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada JAWI selepas perhimpunan Hari Amarah Rakyat selama hampir sejam itu.

Jurucakapnya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam memorandum berkenaan turut menyebut bahawa memorandum berkenaan antara lainnya akan turut diserahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu, Yang Di-Pertuan Agong, perdana menteri dan juga kepada jemaah menteri.

NONEMohd Azmi yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu berkata, perhimpunan hari ini diadakan bagi menyatakan rasa marah rakyat terhadap budaya fitnah dan juga amalan mengaibkan musuh politik.

"Kenapa pihak berkuasa dilihat bersekongkol dengan mereka yang terlibat dengan amalan jijik (fitnah) tanpa tindakan segera menangani isu penyebaran bahan lucah berdasarkan undang-undang yang sedia ada?

"Kami menegaskan bahawa rakyat Malaysia sudah mual dan sangat tersinggung terhadap mereka yang terlibat... mengaibkan keperibadian seseorang, tidak kira siapa pun beliau, semata-mata hanya kerana bernafsu untuk mengekalkan kuasa," memorandum itu dipetik.

NONEMemorandum berkenaan diserahkan kepada timbalan pengarah pengurusan JAWI, Abdul Murad Wahab oleh wakil kumpulan berkenaan yang turut disertai wakil daripada pemuda PAS, PKR dan DAP.

Kumpulan berkenaan pada awalnya mula berhimpun di perkarangan masjid berkenaan bermula jam 2 petang sebaik jemaah selesai menunaikan fardu Jumaat dan turut membawa kain rentang yang diterakan slogan "Rakyat bangkit lawan fitnah."

VIDEO | 6.31 min

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/163433


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME