
Hazlan Zakaria
Mac 23, 11. 2:42pm
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, adalah jelas itulah rancangan mereka untuk menunjukkan video tersebut kepada ahli parlimen PKR bagi menimbul keraguan dan membuat tawaran membeli mereka.

di Petaling Jaya hari ini yang turut dihadiri ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kiri) yang mendakwa percubaan seumpama itu turut dibuat terhadapnya.
Johari berkata, beliau telah ditunjukkan video itu pada hari Isnin dan ditawarkan untuk dibawa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau mendakwa, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik turut hadir.
Johari berkata, Abdul Rahim memberitahunya yang dia boleh mengatur satu pertemuan dengan perdana meteri, dan mereka akan 'menjaganya', serta menguruskan keperluan kewangan dan keselamatannya.
Katanya, dia mengesyaki BN mahu dia melompat parti dengan tawaran imbuhan kewangan dan mereka cuba menggoncang kepercayaannya terhadap Anwar dengan menunjukkan video seks - yang didakwa memaparkan ketua umum PKR itu melakukan aksi seks dengan wanita yang tidak dikenalinya - kepadanya.

Katanya, beliau mengesyaki motif mereka ialah untuk menarik lebih ramai ahli parlimen supaya menentang Anwar dan PKR.
Saifuddin pula mencelah bahawa mereka menunjukkan video tersebut serta berjanji imbuhan.
[Baca berita penuh]
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/159437
No comments:
Post a Comment