Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Tuesday, March 22, 2011

Video Seks: Pembangkang nafi penglibatan Anwar


Joseph Sipalan
Mac 21, 11
4:30pm
Kongsi 211


Para pemimpin pembangkang meluahkan kemarahan mereka melalui Twitter mengenai klip video yang dipertontonkan kepada media hari ini, yang menunjukkan individu yang didakwa mirip ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan aksi seks dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Sambil menafikan ketua pembangkang itu adalah individu dalam klip video tersebut, mereka berkata, tindakan tersebut merupakan satu lagi percubaan gabungan BN untuk menghalang rancangan politik mereka.

pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chuaVideo itu dipertontonkan hari ini di hotel Carcosa Seri Negara kepada editor dan wartawan media arus perdana dan media alternatif.

Malaysiakini tidak dapat menghubungi Anwar melalui telefon bimbit untuk mendapatkan reaksinya.

Di Parlimen, naib presiden PKR yang juga ahli parlimen Batu, Tian
Chua (kiri) memberitahu sidang akhbar bahawa perkembangan terbaru itu menunjukkan "BN begitu terdesak" untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu yang menjejaskan kerajaan.

"Sekali lagi, mereka beralih daripada isu-isu utama - pilihan raya, dasar... mereka mahu kekal memerintah Sarawak. Jadi, mereka beralih kepada serangan peribadi," kata Tian.

Beliau juga mempertikaikan ketulenan klip video selama 20 minit itu, kerana parti itu tidak diberi salinan asal.

Mahfuz: Rekacipta untuk aibkan Anwar

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata beliau mendapat maklum balas bahawa orang yang ditayangkan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita mempunyai perut “buncit' yang bukan iras Anwar.

NONE"Ini ada kaitan dengan unsur-unsur politik yang disebut oleh ramai wartawan tadi bahawa video itu menunjukkan muka Datuk Seri Anwar tetapi bahawa video perutnya, perut buncit….perut saya lebih buncit dari perut Datuk Seri Anwar ," kata Mahfuz (kiri).

Mahfuz juga membidas Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang berkata polis sanggup menyiasat kesahihan video itu jika ada pihak membuat laporan.

Mahfuz berkata Hishamuddin sepatutnya sedar bahawa polis boleh menyiasat tanpa menunggu laporan orang awam.

"Sepatutnya tak perlu buat laporan polis dan polis terus boleh buat siasatan. Tanya pihak Carcosa kenapa boleh benarkan tayangan video berunsur lucah. Ini… seolah-olah tayangan video lucah dihalalkan dalam negara kita,” kata Mahfuz .

“Maka saya minta polis terus menyiasat, tak perlu tunggu laporan dari mana-mana pihak," tambah beliau.

seri carcosa 5.jpegMahfuz berkata, beliau hairan bagaimana sebuah hotel lima bintang seperti Carcosa Sri Negara membenarkan seseorang individu yang tidak dikenali menayangkan video seks

“Saya nak minta pihak polis siasat bagaimana pihak Carcosa boleh membenarkan satu program tayangan video yang berunsur lucah, sedangkan tiada pun undang-undang mengatakan hotel yang bertaraf lima bintang atau enam bintang, malah jika tahi bintang pun, boleh tayang video lucah,” tambah beliau.

Mahfuz berkata keengganan pihak di sebalik video itu untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa dan majlis agama amat mencurigakan dan harus menjadi persoalan utama

“Kalau mereka bertujuan untuk mengatakan ada orang-orang tertentu dalam video tersebut melakukan perlakuan-perlakuan yang sumbang ini, sepatutnya mereka menyerahkan video tersebut kepada pihak berkuasa, atau pihak berkuasa agama kalau membabitkan orang Islam.”kata Mahfuz.

“Jadi ini yang sepatutnya menimbulkan tanda tanya…. apa agenda sebenarnya yang dibuat oleh pihak penganjur yang membuat tayangan ini," tambah beliau.

[Baca berita penuh]

Sumber: http://malaysiakini.com/news/159241


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME