Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Tuesday, March 22, 2011

Tayangan 'meletup' di Carcosa Sri Negara


Hazlan Zakaria
Mac 21, 11
8:11pm
Kongsi 2581


"Ia amat besar dan meletup!" terdengar bunyi suara wanita bercakap melalui telefon. Dan panggilan itu adalah permulaan kepada satu pengembaraan menakjubkan bagi wartawan parlimen ini.

malaysia parliament parlimen building 050907 front"Saya berada di Parlimen, boleh saya tanya bos saya terlebih
dahulu?" kata saya sambil terfikir sebesar manakah berita itu nanti.

Saya duduk sambil menyandarkan belakang di atas sofa kulit, di tengah rakan wartawan di lobi Dewan Rakyat.

"Ini lebih besar daripada (berita) Parlimen. Jika anda mahu cerita ini, datanglah ke lobi utama (hotel) Carcosa Seri Negara pada jam 11.45 pagi," katanya.

Saya memandu keluar meninggalkan perkarangan Parlimen pada jam 10.10 pagi. Pengawal di pintu utama merenung ke arah saya, mungkin tertanya-tanya mengapa pemberita ini pulang awal, sedangkan sesi soal jawab di Dewan Rakyt baru hendak bermula.

Kemudiannya saya perasan yang saya telah beredar dari Parlimen menuju ke Carcosa Seri Negara, sedangkan hotel itu terletak berdekatan situ sahaja. Oleh itu, saya pun memandu sekitar kawasan tersebut beberapa kali sehingga jam 10.50 pagi. Selepas itu, saya memandu menuju ke hotel mewah tersebut.

Saya melambai tangan ke arah pengawal di pintu masuk ke hotel tersebut. Dia tersenyum sambil menunjuk arah ke lobi utama.

NONESelepas meletak kereta di parkir, saya bergerak ke lobi, untuk
menyertai wartawan lain dari media arus perdana dan media alternatif, yang kelihatan seperti telah dimaklumkan mengenai apa yang akan berlaku.

Lebih ramai wartawan tiba. Hampir jam 11.45 pagi, wartawan media perdana beredar dari situ - dan mereka telahpun menonton satu klip video yang didakwa mengenai aksi seks seorang pemimpin pembangkang.

Wartawan lain menunggu giliran mereka untuk menyaksikan video itu dan masa seperti begitu lambat berlalu. Khabar angin mula tersebar melalui SMS, BBM dan emel.

Pada jam 12.10 tengahari, muncul seorang lelaki berbadan kecil berkaca mata hitam. Dia berjalan menuruni anak tangga, dengan diiringi lelaki bertubuh sasar.

“Awak dari mana?” tanya lelaki itu dengan suara yang lembut, sambil mengumpul kad nama dari wartawan yang ada di situ.

Katanya, kerana terlalu ramai wartawan di situ, jadi beliau berkata, mereka akan dipecahkan mengikut kumpulan.

Dia kemudiannya memilih mereka yang akan masuk, dengan menuding ke arah pengarang kanan Bernama dan wartawan dari FreeMalaysiaToday, The Malaysian Insider dan Harakah.

Dia kemudiannya meminta kami tunggu di situ. Katanya ia sebagai langkah keselamatan. Dia juga meminta kami meninggalkan peralatan elektronik dan peralatan lain apabila naik ke atas nanti. Malah pen dan buku nota kami pun tidak boleh dibawa.

Tanpa memperkenalkan dirinya, lelaki berkaca mata hitam itu membawa kumpulan tadi naik ke tingkat atas, meninggalkan kami menunggu di bawah. Katanya, ia akan mengambil kira-kira 20 minit untuk menonton video itu, sambil diperhatikan oleh 'pengawal peribadinya'.

Suasana di lobi senyap sekali lagi. Kira-kira jam 1 tengahari, sejurus sebelum kumpulan tadi selesai menonton video tersebut, lelaki berkaca mata hitam tadi turun semula memberitahu bahawa lokasi sesi tayangan video itu terpaksa dipindahkan atas sebab-sebab keselamatan.

“Anda jangan bimbang, saya akan memanggil anda selepas jam 2 petang dan memberitahu anda di mana tayangan berikutkan diadakan," katanya memberi jaminan kepada wartawan yang menunggu di situ, sambil mengumpulkan lagi kad nama daripada mereka yang baru sampai.

Jelas terpancar rasa kecewa di wajah mereka. Ada yang mula beredar dan ada juga yang tetap menunggu, dengan harapan mereka juga bernasib baik dan berpeluang menyaksikan video berkenaan.

Saya juga merasa agak mengecewakan juga, tetapi selepas melangkah separuh jalan menaiki anak tangga itu, lelaki berkaca mata hitam itu memanggil: “Malaysiakini!”.

“Ya!” Saya lantas menjawab.

“Malaysiakini, naik, saya mahu bercakap dengan anda,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/159282

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME