Pemuda PKR Selangor hari ini membidas tindakan polis yang didakwa mengganggu majlis pelancaran 'Datuk Najib Altantuya' (DNA) anjuran parti itu di Kuala Lumpur, malam tadi.
Katanya, lebih malang lagi apabila pihak polis bertindak menyalahi undang-undang dengan mengganggu majlis aman ini yang diadakan di kawasan persendirian.
“Tindakan seperti ini membuktikan bahawa pihak Umno-BN yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor takut kepada kebangkitan rakyat dan kebenaran akan terpancar menutupi fitnah yang cuba ditaburi dalam kes Saiful Bukhari dan video Seks Datuk T,” katanya.
Pada kejadian itu, tiga anggota PKR ditahan polis.
Keadaan menjadi kecoh apabila mereka yang tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, mula membaling kerusi, botol air, bata dan kayu ke arah anggota polis anti-rusuhan.
“AMK Selangor ingin menyeru agar pihak polis tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pihak pemerintah Umno-BN. Polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukan BN,” akhiri kenyataannya itu.
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/159723
No comments:
Post a Comment