Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Saturday, November 27, 2010

SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Di waktu Nabi s.a.w. hendak tidur, lazimnya baginda meletakkan tangan kanannya dibawah pipi kanan baginda. (HR Thabarani)


Nabi s.a.w bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." [HR. Muslim]


Nabi bersabda, “Apabila kamu minum, janganlah bernafas di dalam bejana atau meniupnya". (HR Bukhari)


Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan, jangan dibersihkan jari-jarinya sebelum dia menjilatnya". (HR Muslim)


Daripada Anas bin Malik RA katanya Rasulullah SAW melarang minum dalam keadaan berdiri. (HR Muslim)


Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Kalau memakai kasut, pasang yang kanan terlebih dahulu tetapi kalau membukanya yang kiri terlebih dahulu. Jadi yang kanan adalah yang mula dipasang dan yang terakhir dibuka." (Sahih Bukhari)


Nabi bersabda, “ Dua rakaat solat dengan bersugi itu lebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “.( HR Muslim )


“Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka hendak melakukan solat.” (HR Muslim)


Sabda Nabi s.a.w: "Seburuk-buruk sifat yang ada kepada seseorang adalah bakhil dan penakut." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 2150.


Nabi bersabda,"Kamu tidak akan dapat masuk Syurga sebelum kamu beriman dan kamu belum dikatakan beriman sebelum kamu mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan uutuk mengasihi satu sama lain? Amalkan memberi salam sesama kamu." (HR Muslim)


Nabi bersabda, “Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)


Nabi bersabda, “Senyum kepada saudaramu adalah sedekah.” (HR At-Tirmidzi)


Nabi bersabda, "Tidak ada yang lebih berat dalam mizan (timbangan amal) seorang mukmin melainkan akhlak yang baik". (HR. At-Tirmidzi)


Nabi bersabda, “Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)


“Mahukah aku ceritakan kepadamu tentang amalmu yang terbaik dan paling bersih dalam pandangan Allah swt, serta orang yang tertinggi darjatnya di antaramu, lebih baik dari menyedekahkan emas dan perak serta memerangi musuh-musuhmu dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong lehermu?” Para sahabat bertanya, “Apak...ah itu, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Zikir kepada Allah swt.” (HR Baihaqi).


Elakkan mambazir bila berbuka puasa..., "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya" – (Surah Al-Isra, 27).



"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum beberapa teguk air." (HR Tirmidzi)Rutab adalah buah kurma yang masak dan belum dikeringkan



‎"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME