
Solat sunat Istikharah adalah solat sunat yang dikerjakan kerana memohon petunjuk kepada Allah (S.W.T) untuk menentukan pilihan diantara dua atau lebih yang dihajati. Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari berbunyi:
Banyak riwayat menulis cara dan waktunya, yang penting tujuaanya adalah satu iaitu menentukan pilihan, samaada untuk mencari jodoh, memilih pekerjaan, memilih jawaban dalam peperiksaan (ujian) dan lain-lain lagi.
Dari Jabir Bin Abdullah, Rasulullah (s.a.w) mengajarkan kami meminta petunjuk dalam beberapa perkara, sabda baginda: “Apabila seseorang itu ragu tentang sesuatu perkara, hendaklah ia rukuk (solat) dua rakaat”. (H.R. Bukhari)
Cara mengerjakannya:
1. Lafaz niat solat:
أُصَلِّى سُنَّةَ الاِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ للَّهِ تَعَلَى.
“Sahaja aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
2. Rakaat pertama, selepas membaca Al-Fatihah hendaklah membaca surah Al-Kafirun.
3. Rakaat kedua selepas membaca Al-Fatihah bacalah surah Al-Ikhlas
4. Ketika sujud akhir, bacalah doa ini (sebanyak 40 kali):
سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّاكَ أَنْتَ الْعَلِيْمُ اْلْحَكِيْمُ.
“Maha suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
5. Selepas salam, bacalah doa berikut:
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ وَاَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَاَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَاِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ اَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ اَعْلَمُ, وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ,
اَللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذَا الاَمْرَ خَيْرٌ لِى فِى دِيْنِيْ وَيَسِّرْهُ لِى, شُمَّ بَارِكْ لِىْ فِيْهِ, وَاِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذَا الاَمْرَ شَرٌ لِى فِى دِيْنِى وَمَعَا شِى وَعَا قِبَةِ اَمْرِى فَاصْرِفْهُ عَنِّى وَاصْرِفْنِى عَنْهُ وَاَقْدُرْ لِى الْخَيْرُ حَيْشُ كَانَ شُمَّ اَرْضِنِى بِهِ.

No comments:
Post a Comment