Salam

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Welcome to Al-Khairy Blog ~ (^_^) ~ Selamat Datang ke Al-Khairy Blog

ANDA BERHAK UNTUK MENYEBARKAN "HADIS-HADIS & FADHILAT-FADHILAT SERTA DAKWAH AMR MA'RUF" YANG ADA DALAM BLOG INI TANPA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Selamat Datang

Like

Search This Blog

Aqidah Ahlulsunnah Wal Jamaah

IKUTILAH AS-SUNNAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah Al-Ahzab, 33: 21)

TV Al-Quran

TvQuran

Wednesday, June 30, 2010

SALAWAT TAFRIJIYYAH




SALAWAT TAFRIJIYYAH
FADHILAT & KHAFIATNYA


اَللَّهُمَ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً وَّسَلِّمْ سَلاَمًاتَامًّاعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ نِ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ اْلعُقَدُوَتَنْفَرِجُ بِهِ اْلكُرًبُ وَتُقْضَى بِهِ اَلحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ اْلكَرِيْمِ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَّنَفَسٍ بِعَدَ دِكُلِّ مَعْلُوْمٍ لَّكَ.

Allahumma shalli shalatan kaamilataw wasallim salaaman taamman 'alaa sayydina Muhammadinilladzi tanhallu bihil 'uqadu watanfariju bihil kurabu watuqdhaa bihil hawaa-iju watunaalu bihir raghaa-ibu wahusnul kawaatimi wayustasqal ghamaamu biwajhihil kariimi wa'alaa aalihi washahbihii fii kulli lamhatiw wanafasim bi'adadi kulli ma'luumil lak

Artinya:
Ya Allah, limpahkanlah salawat yang sempurna dan curahkanlah salam kesejahteraan yang penuh kepada junjungan Nabi Muhammad, yang melaluinya semua kesulitan dapat terpecahkan, semua kesusahan dapat dilenyapkan, semua keperluan dapat terpenuhi, dan semua yang didambakan serta husnul khatimah dapat diraih, dan berkat dirinya yang mulia awan menurunkan hujannya, dan semoga pula terlimpahkan kepada keluarganya serta pada sahabatnya, di setiap detik dan hembusan nafas sebanyak bilangan semua yang diketahui Engkau.

Salawat ini disebut salawat TAFRIJIYAH. Tapi menurut Ulama' Mghribi disebut salawat An-NARIAH. Salawat Tafrijiyyah ini disebutkan oleh Al-Arif Muhammada Haqqi Afandi An-Nazili di dalam kitabnya yang berjudul Kahziinatul Asraar.

Dan telah dinukil dari Imam Al-Qurthubi, bahawa barang siapa yang menetapinya sebagai wiwrid setiap harinya sebanyak 141 kali atau lebih, maka ia akan memperolehi keutamaan berikut:
1. Allah akan melenyapkan kesedihan dan kedukaannya serta menghapuskan kesulitan dan bahaya yang menimpa dirinya
2. Allah akan memudahkan segala urusannya, memberikan cahaya kepada hatinya sehingga menjadi terang hati dan meninggikan martabatnya
3. Allah akan membuat baik keadaanya, meluaskan rezekinya, dan membukakan baginya semua pintu kebaikkan dan kebajikan secars berlimpah
4. Suaranya didengar oleh para pemimpin (penguasa)
5. Allah mengamankannya dari bencana yang menimpa di masanya dan menyelamatkannya dari malapetaka kelaparan dan kemiskinan
6. Allah menjadikan dirinya dicintai oleh semua orang
7. Dan tidak sekali-kali ia memohon sesuati ke pada Allah melaiainka Allah SWT akan memberinya

Akan tetapi, keistimewaan ini tidaklah dapat diraih melainkan dengan menetapinya secara terus-menerus dan salawat ini termasuk salah satu dari pembendaharaan Allah SWT.

Penulis kitab Miftaahu Khazaainillaah menyebutkan bahawa Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada sesiapa pin diantara hamba-hamba-Nya yang membacanya terus-menerus, dan Allah SWT akan menyampaikannya kepada kedudukan dan Derajat sampai kepada tingkat yang dikenhendaki-Nya.

Dikatakan pula dalam kitab tersebut bahawa termasuk salawat yang mujarab adalah Salawat Tafrijiyyah Al-Qurthubiyah, yang menurut istilah Ulama' MaghribI disebut dengan nama Salawat Nariyyah. Mereka menamakanya demikian kerana apabila mereka hendak meraih hal yang diinginkan atau menolak hal yang ditakuti, mereka berkumpul dalam suatu majelis. Kemudian mereka membacanya sebanyak 4,444 kali. Maka mereka mendapatkan apa yag mereka kehendaki dalam waktu yag singkat.

Menurut kalangan Ahli Asrar, salawat ini desebut Miftaahul Kanzil Muhiith Linaili Muraadil 'Abiid (Kunci Perbendahaaraan yang Meliputi Semua yang Diinginkan oleh Hamba-Hamba Allah) yang bunyinya sebagai berikut: Allahumma shalli shalaatan kaamilatan wasallim salaaman taamman 'alaa Sayyidinaa Muhammadin dan seterusnya hingga habis (salawat diatas)

Syeikh Al-Arif Muhammad Haqqi Affandi mengatakan demikianlah bunyi teks salawat tersebut yang di ijazahkan kepadaku oleh Syeikh Muhammad As-Sanusi di Bukit Abu Qubaisy, kemudian oleh Syeikh Al-Maghrabi, kemudian oleh Syeikh As-Sayyid Zain Makki; semoga Allah merahmati mereka semuanya.

As-Sanusi menambah kamlimat Fii Kullilamhatiw wanafasim bi'adadi kulli ma'luumil lak. Dan dia menyatakan bahawa barangsiapa yeng melestarikannya setiap hari sebanyak sebelas kali, maka rezekinya amat mudah seakan-akan diturunkan dari langit dan ditumbuhkan dari bumi.

Al-Imam Ad-Dainuri mengatakan bahawa barangsiapa yang membaca selawat ini setiap selesai shalat fardhu sebanyak 11 kali dan menjadikannya sebagai wiridnya, maka rezekinya tidak akana pernah terputus dan dia akan meraih kedudukan yang sangat tinggi serta memperolehi hrata yang banyak.

Dan barangsiapa yang melestarikannya sesudah shalat subuh setiap harinya sebanyak 41 kali, maka dia akan memperoleh apa yang diinginkannya.

Dan barangsiapa yang melestarikannya setiap harinya sebanyak 100 kali, maka dia akan memperoleh apa yang diinginkannya dan dapat meraih tujuannya lebih dari apa yang dikehendakinya.

Dan barangsiapa yang melestarikannya setiap hari sebanyak bilangan para rasul iaitu 313 kali untuk membuka Asrar (rahasia-rahasia), maka sesunggunya dia akan dapat melihat segala sesuatu yang dikenhendakinya.



Dan barangsiapa yang melestarikannya setiap harinya sebanyak 1000 kali, maka dia akan memperolehi apa yang tidak dapat di gambarkan dari hal-hal yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terdetik dalam hati seorang manusia pun.

Imam Qurthubi mengatakan bahawa barangsiapa yeng berkeinginan meraih sesuatu urusan yang penting lagi besar atau menolak petaka yang menetap, maka hendaklah dia membaca salawat tafrijiyyah ini sebanyak 4,444 kali, dan hendaklah ia bertawasul dengan dengannya kepada Nabi SAW, berakhlak mulia. Maka sesungguhnya Allah akan memberikan taufik kepada apa yang diinginkan dan didambakannya sesuai dengan niatnya.

Hal yang sama disebut oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam keterangannya mengenai bilangan tersebut yang jumlahnya 4,444, maka sesungguhnya hal ini merupakan pemecahan bagi semua masalah dan penyebab bagi pengaruhnya. Demikian keterangan dari kitab Khaziinatul Asraar.

Syeikh Muhammad At-Tunisi menerangkan khasiat-khasiat salawat Tafrijiyah daintaranya:
Dibaca 11 kali setiap hari mohon dimurahkan rezeki dan diberi nama baik dalam pergaulan sesame manusia
Dibaca 41 kali setiap hari selepas selesai solat Subuh untuk dimudahkan tercapainya hasil yang baik dalam setiap usaha


Mudah-mudahan bermanfaat

WALLAHU'ALAM

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

DOWNLOAD AZAN

ISLAMIC BANNER

ISLAMIC FHOTO

DAILY PRAYER TIME