Pages

Thursday, June 21, 2012

HAMKA

BIODATA RINGKAS HAMKA

HAMKA
Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenal dengan julukan HAMKA, yakni singkatan namanya, (lahir di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, 17 Februari 1908 – meninggal di Jakarta, 24 Julai 1981 pada umur 73 tahun) adalah sastrawan Indonesia, sekaligus ulama, dan aktivis politik.Dikenali dengan Buya, yaitu panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang berarti ayahku, atau seseorang yang dihormati. Ayahnya adalah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906. Seorang ulama’ yang menentang khurafah dan bid’ah serta tegas dengan prinsip. Beliau seorang pejuang yang menentang kedatangan Belanda di Indonesia pada tahun 1945 di dalam hutan di Medan. 
Pada tahun 1946 beliau dilantik mengetahui parti Islam terbesar Muhammadiyah di Sumatera Barat. Sukarno telah memenjaranya Hamka kerana dituduh pro Malaysia pada tahun 1964-66. Waktu dalam penjara beliau menyiapkan karyanya yang terbesar Tafsir Al-Azhar sebanyak 5 jilid. Beliau juga dilantik menjadi penasihat agama kepada pemerintah pada tahun 1977 tetapi meletak jawatan pada tahun 1981 kerana nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah. 
Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universitas al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universitas Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelar Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.

No comments:

Post a Comment