Pages

Thursday, July 28, 2011

Majlis Fatwa Negeri Selangor: ASB Haram

  • ::Iklan

    adf.ly - shorten links and earn money! Malaysia Cheap Web Hosting

Majlis Fatwa Negeri Selangor : ASB Haram

Akaun+ASB+Dividen+ASB Majlis Fatwa Negeri Selangor : ASB Haram

Aku baru terbaca berita ni dari blog islamituindah.my. Kenapa berita ini tak keluar pun dalam mana-mana berita kat tv atau surat khabar?

Berdasarkan salinan surat yang diletakkan dalam blog berkenaan, surat dah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2011 menjelaskan, pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011 telah besetuju memutuskan bahawa pelaburan ASB dan ASN serta yang seumpanya adalah tidak halal dengan alasan tertentu.

Salinan surat Jabatan Muftiasbasn11 Majlis Fatwa Negeri Selangor : ASB Haram

Bagi aku, kalau orang cerdik pandai agama dah putuskannya tak baik dan haram. Maka kita yang tak pandai agama ini kena lah ikut. Kalau anda rasa pendapat mereka dalam Jawatankuasa Fatwa ini salah, sila berikan pendapat yang mampu untuk melawan keputusan majlis fatwa itu.

Untuk pengetahuan anda, agama islam di setiap negeri dalam Malaysia ini ditadbir dan dikawal selia oleh majlis agama islam negeri masing-masing. Itu menimbulkan banyak masalah.

Contoh kes sebelum ini, pasal ESQ leadership, Majlis Agama Islam Wilayah memutuskannya haram, tapi tidak bagi negeri-negeri lain. Tarian Poco-Poco, Majlis Agama Islam Perak memutuskannya haram, tidak pula bagi negeri lain.

Kenapa baru sekarang keputusan ini dibuat sedangkan ASB telah lama wujud di negara kita. Sudah ramai pun yang mendapat keuntungan hasil dari pelaburan dalam ASB dan ASN.

Tunggu pula apa reaksi dari kerajaan kita berkaitan hal ini, atau munkin mereka akan berdiam diri je.

No comments:

Post a Comment