Pages

Wednesday, May 11, 2011

Tiga perkara yang Dapat Merubah Kehidupan di Alam Kubur

“Jika mati anak Adam, maka putuslah segala amalnya. Kecuali 3 perkara, iaitu amal jariah, doa anak yang soleh, dan ilmu yang bermanfaat.”
(Hadis Riwayat Muslim)


Hadis ini menerangkan bahawa tiada amalan daripada anak2 Adam itu selepas terpisahnya roh daripada jasad yang dapat memberikannya pahala yang berpanjangan kecuali 3 amalan2 ini.


Walaupun saya rasa ilmu saya masih lagi tidak mencukupi, tetapi saya sentiasa berpegang dengan prinsip tiada selemah-lemah manusia yang tidak boleh memberikan nasihat kepada orang lain dan tiada sebaik-baik manusia yg tidak boleh menerima nasihat daripada orang lain. Sedangkan habibuna Muhammad saw pun menerima nasihat daripada sahabat2 baginda apatah lagi kita yg ilmu hanya sekangkang kera ini.

Apa yang saya nak kongsikan disini ialah:

1. ILMU YANG BERMANFAAT

“Barangsiapa yg inginkan dunia maka keatasnya ilmu,dan barangsiapa inginkan akhirat maka keatasnya ilmu dan barangsipa inginkan kedua-duanya maka keatasnya juga ilmu."

Kalau diteliti daripada ayat diatas, kita boleh simpulkan bahawa betapa pentingnya ilmu itu untuk hamba-hambaNya yang ingin kesejahteraan hidup di dunia mahupun akhirat kelak. Segala-galanya yang ada di bumi ini memerlukan ilmu. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Nak buat cheese cake pun kena guna ilmu. Nak menjadi doctor pun kena guna ilmu. Walhal nak mengorat perempuan pun kena ada ilmu pengetahuan yg luas(tetapi kena jaga batasan syarak Islam).



Ilmu di dunia ini yang dapat dikuasai oleh manusia hanyalah setitik daripada air lautan yang terbenteng luas itu. Ini menunjukkan bahawasanya Ilmu Allah itu MAHA luas dan tidak ada sesiapa pun dikalangan manusia walaupun malaikat sekalipun yang dapat mengetahui apa yang ada seisi langit dan bumi ini.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ketika keberadaan kita dibumi Mesir ini untuk mengaut segala ilmu yang ada tak kisah lah ilmu medic ataupun ilmu agama demi meletakkan ISLAM berada ditempatnya. Kita kena sedar bahawa kita semua adalah daie,dan jangan biarkan kita menjadi fitnah kepada ISLAM.

2. SEDEKAH JARIAH

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu,tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan amalan2 kamu”


Apa yang dapat kita simpulkan bahawa secantik ataupun sehensem mana seseorang itu jikalau hatinya jauh disisi Allah maka tidak bermakna baginya sedangkan Allah swt hanya melihat hati-hati kamu dan amalan-amalan yang kamu kerjakan.

Sedekah boleh terbahagi kepada banyak aspek,bukan sahaja sedekah menggunakan harta tetapi sedekah juga boleh dilakukan dengan tenaga,masa dan doa kepada sahabat2 yg lain.


Antara amalan yg plg mudah dilakukan adalah sedekah. Dalam perjalanan ke universiti kita boleh berikan seikhlas hati nurani kepada fakir2 yg menghuni bahu-bahu jalan itu. Tidak adakah sifat belas kasihan kita tehadap mereka? Kalau kita dilahirkan ditempat mereka bagaimana perasaan kita?
Justeru, saya menyeru sahabat2 saya untuk sama2 kita mengamalkan budaya sedekah kerana sedekah itu ibarat janggut, makin dicukur makin lebat pertumbuhannya. (kalau tak percaya boleh tanya ijut)rekaan semata2.ayat naqi ea


3. DOA DARIPADA ANAK-ANAK YANG SOLEH

Pepatah melayu ada menyebut,melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Anak2 kita suatu hari nanti(insyaAllah..) ibarat kain putih. Terpulanglah kepada ibu bapa mereka yakni kita untuk mencoraknya.
Tak kisahlah nak warna hijau ataupun biru tetapi jangan warna pink pulak kan. Bagi saya, saya lebih sukakan‘hijau kerana hijau itu ‘indah’. Tetapi terpulanglah kepada sahabat2 sekalian untuk mendidik anak-anak kita suatu hari nanti.

Tetapi, jika kita mahukan anak yg soleh kita perlu mendapat pasangan yg soleh ataupun solehah kan? Sebab apabila genetik soleh bertemu dengan genetik solehah, insyaAllah akan lahirnya anak2 yg soleh yg akn mjadi kader2 ISLAM suatu masa nanti…


Kita sekarang bukan proses menCARI yg soleh/hah tetapi proses menJADI soleh mahupun solehah. Oleh itu, sy menyeru sahabat2 sekalian men…bla23.(fikir2kan lah).. Setakat ini perkongsian untuk kali ini dan selamat beramal?

Saya pernah ditanya se-orang hamba Allah:

Asep Risnandar terima kasih jawabannya. ada pertanyaan lg tentang hal 3 amalan yg dapat mengalir saat di kubur, yaitu sodakoh jariah, ilmu yang bermanfaat dan "anak sholeh yang mendoakan", yang saya tanya maksud "anak sholeh yang mendoakan" bisa tidak anak adopsi/pungut/sesusuan?


آل خيري ال كاتياغاني
Jazakallah krn bertanya:...Semuanya "Kuasa Allah SWT", termakbul atau tidaknya....kita lihat kisah Rasulullah saw dizaman susuannya: yang mana BANYAAAAAAAAAK manfaat di terima oleh "Halimah sTusaddiyah"....Kita lihat pula orang-orang yang buat "TAHLIL ARWAH" di masjid2, padahal anak2 atau saudara2 yang di TAHLILkan itu kadang2 tidak ada ikut serta dalam jemaah tsb....Jadi jangan-lah berprasangka amalan yang ditinggalkan iaitu mendidik anak angkat (adopsi) tidak ada balasan kepada kita...Yang dikatakan "Ilmu yg bermanfaat" itu pun sudah cukup untuk membuktikan bahawa anak (adopsi) yang kita didik dg ilmu-ilmu agama yang sempurna, apabila mereka amalkan dan sampaikan serta ajarkan kepada orang-orang lain, kita sebagai guru asalnya akan mendapat "PAHALA"nya juga......Seperti pahala solat dan ibadah wajib yang lain akan mendapat pahala yang sama kepada Rasulullah saw.......Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment